Sunday, August 2, 2009

2.30am Pulang Mendengar Wasiat

banyak coretan hendak aku buat sejak hari jumaat. awal persediaan ke himpunan mansuh, penahanan bai, sukarelawan tahanan perhimpunan di balai polis bukit jalil sampailah ke site visit program rehlah KiDHL. tapi mungkin hati terpanggil untuk menulis berkenaan tajuk posting dahulu, takut terlupa harapan dan pesanan-pesanan terakhirnya.

mungkin belum lagi masanya untuk abi pergi, tapi sejak seminggu lepas, abi demam-demam. medical check-up pula mengesahkan kehadiran air dalam jantung abi, which is not a very good sign especially in a condition like him. currently, he's heart is functioning with only 40% of it's actualy strength. below 50%....its less than half.

kebetulan malam tadi, kami adik beradik semua ada di bangi. odi dan amin datang ke DK sekitar 2.00am untuk panggil aku pulang. mereka cuba hubungi hp, tapi kehabisan battery sebab tak charge sejak perhimpunan mansuh tempoh hari. sudah pasti ia panggilan pulang yang agak berat bagiku. dalam hati sudah terdetik yang bukan-bukan. tapi aku gagahkan diri untuk balik jua.

"entah, abi terasa nak sangat jumpa anak-anak malam ni..keadaan abi sekarang dah kurang sihat. Dr tak kasi minum air, tapi tekak abi terasa sangat haus. abi tak panggil semua untuk sedihkan anak-anak, tapi abi nak sampaikan pesanan. jantung abi dah tak kuat, mungkin abi tak pergi dalam masa terdekat ni, tapi kita kena bersedia.

abi tak ada harta sangat. rumah-rumah sewa tuh jelah yang ada..buku-buku abi yang banyak kat rumah ni, manfaatkanlah. (itu jelah harta aku boleh relate dengan ayah aku, rumah-rumah sewa tu tak pernah terlintas dalam fikiran). abi ada 4 lagi buku yang belum terbit, abi ketepikan untuk anak-anak dan umi uruskan. 

jaga waktu solat, jangan tinggal. jaga kebajikan umi, bantu umi. nanti kalau abi perlu, mungkin atuk kita kena hantar ke rumah orang-orang tua. take care of atuk. abi mintak maaf banyak-banyak pada semua, abi selalu buat semua orang susah. abi redha dengan semua orang. abi tak ada simpan sedikitpun dalam hati."

mungkin as time flows by, aku akan ingat lagi bait-bait ucapannya malam itu. 

cuma, mampukah aku teruskan perjuangannya. mampukah aku jadi setanding dengannya?

pada yang membaca, panjatkan doa untuk ayahku, Dr. Hafidzi Mohd Noor..agar terus dikurniakan kesihatan berpanjangan, kekuatan untuk meneruskan perjuangan. mungkin boleh bantu jika sms kata-kata semangat..ziarah mungkin kurangkan. keadaannya tak begitu mengizinkan orang untuk datang ziarah (keletihan yang amat sangat).

aku hargai jasa semua. terutamanya, being there with him, when i myslef isn;t there to help him.

25 comments:

Rina Lia (◕‿◕)✿ said...

huhu..semoga ayh qayyim dikurniakan kesihatan dan dipnjgkan umur..amin2

Cik Hati said...

Semoga Dr HAfidzi dan keluarga terus dalam redhaNya. Moga segalanya yang terBaik dari ALLAH untuk kalian. Moga anak-anak menjadi penyambung perjuangan Dr.

siddiq said...

Semoga Dr.Hafidzi trus sihat dan merperjuangkan kepercayaan dia..

Allah Maha Besar dan Dia tahu ape yg hendak dilakukanNya.. Semuanya ada hikmah disebaliknya..

Amin2..

muhammad_alfateh said...

Allahumma entasy syafi,la syifaan illa syifauk syifaan layughadiru saqoman.

Moga Pakcik hafidzi dikurnia kesihatan berpanjangan. Moga Qayyim dan adik2 menjadi mata-mata rantai perjuagan Islam. Nahnu fidaka ya dinallah!

Sampaikan salam sayang dan rindu
buat pakcik hafidzi.

s a h i | a said...

salam ziarah.
Doa anak yang soleh pasti dekat dengan Redha Allah.

kuatkan semangat Bro ! :)

Noraini Anuar said...

salam
semoga pck hafidzi dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan..amin2 ya rabbil alamin.

Allah adalah sebaik2 perancang dan Dia telah mengatur yang terbaik untuk hamba2Nya..anta mesti tabah dan kuatkan semangat akhi.

solahuddin the warrior said...

may Allah help Dr Hafidzi by giving his best's.
semoga kalau disakitkan, tidak berpanjangan. kalau disukarkan, juga tidak berpanjangan.

and semoga family anta dimudahkan dlm segala urusan.

Abdullah Xuais said...

kehadiran Dr Hafidzi d SMIH awal thn ini byk memberi impak yg besar buat warga hira', insyaAllah kami sentiasa mendoakan yg terbaik untuknya....

Ariff Budiman said...

Salam
Semoga Dr Hafidzi dan keluarga cekal menerima dugaan yang berat ini. Terima kasih kepada Dr kerana memberi bait-bait sajak palestin untuk saya deklamasikan. Ya Allah kau ringankan beban keluarga ini

HambaAllah Yang Memakmurkan said...

semoa pakcik hafidzi diberi kesihatan yg baik oleh Allah~ ameen ya RAbb!

Abdullah Munir said...

syafakallah

ummu asiah said...

sampaikan salam kami sekeluarga pada ummi dan abi terutamanya..

akan kami kenang kalian sekeluarga dalam do'a kami...

senyuman ummi pasti memberikan kekuatan pada abi dan anak-anaknya...

firstmartyr said...

Ya Allah, sembuhkanlah Dr Hafidzi dr kesakitan yg ditanggungnya..berkatilah usianya..kuatkanlah dirinya juga keluarga..
smg tabah hati dan smg menjadi sumber kekuatan buat umi dan keluarga.

allahumma anta syafi..la syifa' illa syifauKa.

shahrin said...

allahumma anta syafi..la syifa' illa syifauKa.

Semoga Allah mengurniakan kesabaran kepada keluarga Dr Hafidzi dan mengembalikan kesihatan beliau seperti sedia kala.

cikEff said...

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) kami, benar- benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. dan Sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. (Surah Al-Ankabut: ayat 69)

ma'akallah.

Unknown said...

Assalamualaikum

Moga kebaikan buat Dr. Hafidzi. Sembuh hendaknya.

Kekentalan semangatnya telah turun ke jiwa puteranya.

Saudara seiman ini telah lama memberi dirinya nasihat dan memberi pengajaran buat diri yang mendengar.

Ya Allah catatkanlah kebaikan buat diri yang berbuat maaruf ini. Tabahkan hati kami. Sembuhkanlah Dr. Hafidzi yang sedang sakit.

Ameen

yasashiyusra - bintu wan abdul razak said...

smg Allah beri kekuatan pada dr hafidzi, pada anta, pada mak anta, pada adik beradik anta n pada family seluruhnya.. dakwah still need him, ape2 pun Allah will give what best for Him insyaAllah..and He knows what best..

Dr-Nur said...

Semoga Dr. Hafidzi diberi kesembuhan oleh Allah, dapat buat ibadah, sama-sama meraikan Ramadhan nanti, insyaAllah. Untuk Qayyim dan keluarga, semoga tabah, perbanyakkan doa dan munajat, ini adalah sebahagian dari ujian sebagai hambaNya. Allah with you!

ummu ijlal said...

semoga Allah permudahkan dan takdirkan hanya yang terbaik utk Dr Hafidzi...

43ie said...

qayyim!

my father passed away 2 yrs ago
17 september 2007 (5 Ramadhan 1428).
he passed away without can say anything to me..even a word.
he is "koma" and mebi he said sumthing, but we cannot hear anything.

last word he said to me "nk blk uniten dh ke?.."[2 weeks b4 he is koma n time ni ma dad bru lps operation n dh beransur sihat]...

umm nothing much to say, but juz wan u to noe..you are LUCKY son!!

so, igt la pe yg ur dad ckp..
apepun, yang pntg..semoga ur dad dikurniakan kesihatan dan dilanjutkan usia..aamin ^__^

"Allah penentu segalanya"
tp kite msh mampu utk berdoa..insya allah

Unknown said...

Salam Qayyim..

Saya turut berasa sedih.. Sabarlah Qayyim, tabahkan hati.. Sesungguhnya apa yg terjadi itu adalah kerana Allah ingin menjadikan Qayyim lebih kuat.. Justeru itu saya akan turut sama berdoa supaya Dr. Hafidzi sembuh cepat.. Doa itu senjata mukmin..

Tetapi jika sebaliknya yg berlaku, redhalah atas segalanya, kerana ganjaranNYA pasti tiada bandingan.. Segala yg terjadi ada hikmah yg tersembunyi..

Walau apa pun yg terjadi, Qayyim mesti kena tetapkn pendirian dn teguhkan semangat juangmu.. Dan berbnykkan baca Al-Ma'thurat dan berserah kpd Yang Maha Esa..

danialarief said...

Salam

Sampaikan salam kesihatan ana kepada Dr Hafidzi.Buku Dr Hafidzi cth Sejarah Islam di Nusantara telah banyak memberikan kesan kepada ana dan kepada masyarakat secara amnya.Moga terus tabah dengan ujian yang bakal menimpa.

-Danial-

Abu Khalid said...

Salam akhi
Semoga Allah terus memelihara keluargamu dan menetapkan hatimu

Ana nampak Dr. Hafidzi bila kali pertama jumpa nta, malah ana percaya nta mampu buat yang lebih baik lagi!!!

Bangkitkan diri dan serulah ummah!

Beinal ams walyaum said...

jangan sedih!

teruskan berusaha utk jadi setanding dia!

manfaatkan masa yg masih ada!

kutip sebyk2nya dri abi akh~

S h a z w a n said...

ana sedih bace post ni...

semoga diberi keteguhan dalam kehidupan...