Monday, September 28, 2009

BIARPUN SEBENTAR, ASALKAN BUAT

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Empunya segala kuasa; kemampuan mentadbir, kekuatan menggerakkan, keupayaan menetapkan..segala sesuatu. keranaNya jualah, kita merasai nikmat ramadhan dan keagungan syawal. Dialah yang berkuasa untuk melenyapkan jua segala sesuatu, dari ada kepada tiada mahupun menjadikan sebaliknya. Sebagaimana sahabat-sahabat kita yang terlebih dahulu pergi menghadapNya, sedang ramadhan hanya beberapa hari lagi, sedangkan syawal sebentar sahaja lagi.

Atas setiap sesuatu, Dia menjadikannya tiada yang sia-sia. Setiap langkah yang kita tapaki, setiap hela nafas yang kita tarik dan hembus, setiap sel yang tumbuh dan mati..tiada yang sia-sia. Begitu jua hidup dan mati. Semuanya ada sebab dan musabab, semuanya ada punca dan tempat kembali.

Al Mulk ayat 2.

Dan Dia jadikan al Maut dan al Hayah untuk uji dikalangan kamu, siapakah yang baik amalannya.

Fenomena kematian dan kehidupan bersangkutan dengan masa. Kerana setiap orang (makhluk yang hidup) ada masanya yang tertentu, dan apabila habis rezeki masa yang dikurniakan, kembalilah ruhnya kepada tuannya.

Allah tidak menjadikan sebab malam al Qadr itu sebagai asas kepada ibadah. Lailatul Qadr bukannya punca kepada ibadah malam-malam ganjil sewaktu ramadhan. Jika itulah asasnya, maka lailatul Qadr telahpun berlalu. Adakah kita tidak akan menghidupkan malam lagi dengan ibadah? Terhentikah amalam I’tikaf di masjid kerana tiada lagi malam ganjaran yang dikejar-kejar selama 10 malam sebelum ini?

Terimbau kembali detik-detik akhir ramadhan bersama keluarga. Maklumlah, sepanjang bulan ramadhan masing-masing akan sibuk dengan urusan masing-masing. Terpaksalah menghidupkan biah ibadah sendirian bersama rakan-rakan serumah dan sekolah. Bila sudah pulang, peluang yang ada patut dimanfaatkan untuk bersama termasuklah aktiviti solat berjamaah dan qiam.

Hari aku pulang, khamis 27 ramadhan. Sesampai dirumah, azan isya’ telahpun berkumandang. Sebelum itu, dah janji dengan Odi nak hantarkan dia ke KTM untuk dia bersama rakan-rakan sekolah Hira’ Jeram berik’tikaf di masjid UIAM, namun atas kecelaruan yang berlaku, dia bermalam di rumah sahaja malam itu. Walaupun malam itu malam ke 28 (genap), tapi abi mengingatkan kami untuk keluar beri’tikaf di masjd-masjid berhampiran (terutamanya masjid UKM – yang memang jadi port kami sekeluarga). Abi dan umi mungkin tidak akan turut serta kerana keletihan, maklum sahaja keadaan abi yang kurang sihat kebelakangan ini. Aku pula berjanji dengan Odi untuk beri’tikaf di masjid Besi (masjid Tengku Mizan – masjid baru putrajaya)..kataku “kita keluar rumah pukul 11 malam ya..nanti kejut abang, nak tido dulu”.

11.00am

Aku masih tidur.

3.00am

Aku masih di sofa. Tidur.

3.30am

“abang..bangun! jom kita I’tikaf kat masjid UKM. Sempat lagi ni” kata abi. Waktu itu, semua orang sudah bangun. Aku bergegas ke bilik air untuk siapkan diri termasuklah mandi (memang kebiasaan, sebelum I’tikaf mesti mandi, mungkin mengambil I’brah surah mudathir). Sewaktu aku keluar rumah; umi, abi dan Odi sudahpun ada dalam kereta (amin di seremban, on the way balik dari Kuantan). Sesampai di UKM, jam sudah 4.00am.

Pagi itu, kami sempat untuk qiam fardi dan I’tikaf di Masjid UKM sampai pukul 5.00am.

Begitulah abi mendidik kami. Hata dirumahpun, jika sempat kami bangun sebelum subuh, selalu diingatkan untuk bangunkan solat tahajud 2 rakaat paling kurang. Waktu kecil dahulu, dititipkan wang dalam saku baju melayu untuk dijadikan sedekah ke masjid sewaktu solat jumaat. Kadang-kadang 20sen, 50 sen..tapi tak pernah abi lupa. Sejak dapat duit belanja sekolah, abi dah hentikan. Cuma kami yang lupa nak jadikan ia amalan.

Allah menguji hambaNya dengan masa yang dikurniakan. Kearah mana ia luangkan. Dan Alhamdulillah, malam itu kami berjaya meluangkannya untuk bersama Allah walaupun sebentar. 

Mungkin tajuk posting aku kali ini lebih tepat jika aku jadikannya “BAIRPUN SEDIKIT ASALKAN BUAT”..

Tapi memang malam itu, kami I’tikaf 1 jam sahaja.

broQ: insyaAllah next posting on updates pasal health condition abi. Alhamdulillah, abi makin sihat.

4 comments:

[ Nazihah ] said...

Power ah masjid UKM..Serius..hari-hari last tu ramai jumpa mak cik2 jugak *Seronok* Jadi pembakar semangat 'Orang Muda!!Kamu Lagi kuat kot!!' hehe

Noraini Anuar said...

Alhamdulillah Pck Hafidzi makin sihat. Skrg dah operate ke belum?

Unknown said...

gembirakan untuk kamu untuk kesihatan ayah kamu.

langliebaugh said...

How much is a casino chip in a casino? - Mapyro
A chip from 충청남도 출장안마 a casino is worth $1 million 평택 출장샵 or more, and is valued at $2 million a day. Casino chip 충주 출장샵 is 성남 출장마사지 a staple of Las Vegas. It is used for gaming 1xbet korean