Sunday, August 2, 2009

2.30am Pulang Mendengar Wasiat

banyak coretan hendak aku buat sejak hari jumaat. awal persediaan ke himpunan mansuh, penahanan bai, sukarelawan tahanan perhimpunan di balai polis bukit jalil sampailah ke site visit program rehlah KiDHL. tapi mungkin hati terpanggil untuk menulis berkenaan tajuk posting dahulu, takut terlupa harapan dan pesanan-pesanan terakhirnya.

mungkin belum lagi masanya untuk abi pergi, tapi sejak seminggu lepas, abi demam-demam. medical check-up pula mengesahkan kehadiran air dalam jantung abi, which is not a very good sign especially in a condition like him. currently, he's heart is functioning with only 40% of it's actualy strength. below 50%....its less than half.

kebetulan malam tadi, kami adik beradik semua ada di bangi. odi dan amin datang ke DK sekitar 2.00am untuk panggil aku pulang. mereka cuba hubungi hp, tapi kehabisan battery sebab tak charge sejak perhimpunan mansuh tempoh hari. sudah pasti ia panggilan pulang yang agak berat bagiku. dalam hati sudah terdetik yang bukan-bukan. tapi aku gagahkan diri untuk balik jua.

"entah, abi terasa nak sangat jumpa anak-anak malam ni..keadaan abi sekarang dah kurang sihat. Dr tak kasi minum air, tapi tekak abi terasa sangat haus. abi tak panggil semua untuk sedihkan anak-anak, tapi abi nak sampaikan pesanan. jantung abi dah tak kuat, mungkin abi tak pergi dalam masa terdekat ni, tapi kita kena bersedia.

abi tak ada harta sangat. rumah-rumah sewa tuh jelah yang ada..buku-buku abi yang banyak kat rumah ni, manfaatkanlah. (itu jelah harta aku boleh relate dengan ayah aku, rumah-rumah sewa tu tak pernah terlintas dalam fikiran). abi ada 4 lagi buku yang belum terbit, abi ketepikan untuk anak-anak dan umi uruskan. 

jaga waktu solat, jangan tinggal. jaga kebajikan umi, bantu umi. nanti kalau abi perlu, mungkin atuk kita kena hantar ke rumah orang-orang tua. take care of atuk. abi mintak maaf banyak-banyak pada semua, abi selalu buat semua orang susah. abi redha dengan semua orang. abi tak ada simpan sedikitpun dalam hati."

mungkin as time flows by, aku akan ingat lagi bait-bait ucapannya malam itu. 

cuma, mampukah aku teruskan perjuangannya. mampukah aku jadi setanding dengannya?

pada yang membaca, panjatkan doa untuk ayahku, Dr. Hafidzi Mohd Noor..agar terus dikurniakan kesihatan berpanjangan, kekuatan untuk meneruskan perjuangan. mungkin boleh bantu jika sms kata-kata semangat..ziarah mungkin kurangkan. keadaannya tak begitu mengizinkan orang untuk datang ziarah (keletihan yang amat sangat).

aku hargai jasa semua. terutamanya, being there with him, when i myslef isn;t there to help him.