Tuesday, September 30, 2008

Perutusan Eid Seorang Muslim

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! waliLlahilham

Telah berlalu sudah sebuah bulan penuh keberkatan. Bulan ibadah. Bulan perjuangan. Sarat dengan teladan dan pengajaran kearah membina keperibadian muslim yang unggul.

Madrasah Ramadhan telahpun berlalu pergi.

Kini Syawal pula tiba diiringi takbir kemenangan! Takbir yang akan terus memacu semangat para pelaungnya untuk membina istiqamah dan iltizam dalam beribadah sehingga berjumpa dengan ramadhan yang akan datang. Ya, syawal dipenuhi dengan kegembiraan, namun syawal juga perlu kita jadikan bulan muhasabah.

Sejauh mana tarbiyah yang kita lalui dalam ‘sekolah’ ramadhan berjaya membentuk kualiti diri? Mampukah kita meneruskan kualiti ibadah di bulan ramadhan dalam bulan syawal? Jika syawal tidak, masakan bulan yang berbaki 11 lagi sehingga ramadhan akan dating mampu kita usahakan?

Mawardi pernah kongsikan, kata-kata seorang ulama’:
“Jadilah hamba Allah, jangan jadi hamba ramadhan!”

Teringat peristiwa besar kewafatan RasuluLlah saw. Tika mana Nabi saw. Pergi meninggalkan ummatnya, ada mereka yang menerimanya tidak kurang pula mereka yang terlupa, nabi Muhammad saw. Itu juga manusia. ”siapa kata Nabi telah wafat akan aku pancung dengan pedang ini!” teriak Umar ra. Waktu inilah Saidina Abu Bakr memainkan peranannya menyatukan kaum muslimin.

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلاَّ رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ انقَلَبْتُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىَ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ اللّهَ شَيْئاً وَسَيَجْزِي اللّهُ الشَّاكِرِينَ

Ali-Imran:144
Dan Muhammad hanyalah seorang Rasul; sebelumnya telah berlalu beberapa rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh, kamu berbalik kebelakang (murtad)? Barangsiapa berbalik ke belakang, maka ia tidak akan merugikan Allah sedikitpun. Allah akan memberi balasan kepada orang yang bersyukur.

Menurut asbab turunya ayat ini asalnya ketika perang uhud apabila tersebarnya berita palsu menyatakan bahawa Nabi saw telah wafat. Ayat ini jugalah yang digunakan Abu Bakr ra. Untuk mententeramkan kaum muslimin tika kewafatan Nabi saw.

Apa kaitannya? Sedah semestinya apabila kita menyatakan tentang ibadah, sesungguhnya ramdhan telahpun berlalu. Dan barangsiapa yang menjadi hamba ramadhan, dia pasti sudah berasa lega sewaktu takbir raya kedengaran..tamat sudah tempoh ’membaikkan’ diri, atau ada juga yang berasa susah..kerana sudah tiada lagi bulan untuk ibadah, terpaksa tunggu tahun akan datang. Merugilah mereka, dan moga kita dijauhkan dari tergolong di kalangan mereka.

Ramadhan adalah madrasah. Sekolah. Tempat kita belajar untuk meningkatkan kualiti diri. Meningkatkan taqwa. Mengumpul sebanyak-banyak perbekalan hidup. Tempoh mengumpulkan momentum beribadah tika tamat ’sekolah’ nanti. Itulah masanya untuk kita lihat semula kehidupan lalu, dan juga membina harapan untuk kehidupan akan datang. Jika harapan itu tamat dengan terlaungnya takbir, tamat sudah masa depan yang dipenuhi keredhaanNya.

Musuh itu telah kembali. Sebelum ini kita hanya sekadar bertumbuk dengan sang hawa nafsu, mulai esok, bukan, sejak maghrib tadi, kita akan bertumbuh dengan pasangannya juga. Takut kita kalah dalam perjuangan kerana tidak berjaya menundukkan sang hawa nafsu tika ramadhan. Kini tiba pula bantuan..sang syaitan. Sudah cukupkah perbekalan kita tika ramadhan? Jika belum, ingatlah, kita masih mampu untuk mengumpulkan kekuatan itu diluar ramadhan. Jangan berputus harap denganNya.

إِنَّ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْقَانِتِينَ وَالْقَانِتَاتِ وَالصَّادِقِينَ وَالصَّادِقَاتِ وَالصَّابِرِينَ وَالصَّابِرَاتِ وَالْخَاشِعِينَ وَالْخَاشِعَاتِ وَالْمُتَصَدِّقِينَ وَالْمُتَصَدِّقَاتِ وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيراً وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْراً عَظِيماً

Al-Ahzab: 35
Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mu'min, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyu', laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.

Semoga Allah menerima segala amal baik kita tika ramadhan dan terus mengekalkan kita dalam keredhaanNya. Moga Allah jumpakan kita lagi dengan ramadhan akan datang insyaAllah.

Saturday, September 27, 2008

Mencari Mereka Yang Mampu


Dalam pergolakkan masyarakat tercari-cari identiti sendiri, terpinga-pinga membina keperibadian sedangkan mereka hanya meniru barat, berbangga dengan pencapaian hebat sedangkan ia tiada nilai dan sumbangan buat masyarakat lain yang menderita..pun begitu, masih ada mereka yang sudah punya identiti, berkeperibadian unggul, terasing dari kejahilan yang diwar-warkan orang ramai.

Merekalah para rijal yang diharapkan mampu untuk memimpin. Kehadapan dalam menjayakan agenda membangkitkan semula kegemilangan islam. Tegas dalam pandangan yang disandarkan hanya pada syarak. Bercita-cita memanggil untuk bersama daripada duduk diam menanti. Siangnya singa, malamnya si lemah yang mengharapkan ampunanNya.

Islam dulu dan kini, didokong sang rijal.

sebuah jamaah tidak mampu berdiri selagi mana agenda membina pelapis tak mampu diselesaikan. Ya betul, kita jamaah hendaklah ‘all rounded’. Pilihan Raya kita kena masuk, program kemasyarakatan kita kena buat, projek-projek mega yang membentuk pandangan baik terhadap islam kita kena laksanakan, ‘we have to do all things necessary to bring islam back up high!’ namun, dimana peranan strategi? Siapa yang diharapkan mendokong perancangan/strategi? Pokok yang akarnya sedikit, sudah pasti tumbang/tercabut ditiup angin.

Kalau kita perhatikan pokok taugeh, teringat projek sains masa sekolah rendah dulu..benda yang pertama tumbuh selepas disemai adalah akar. Kerana akar yang akan menyokong batang taugeh. Kemudian baru tumbuh daun dia untuk proses fotosintesis yang membolehkan taugeh tadi tumbuh gemuk dan tinggi. Begitulah analogi yang boleh kita gunakan dalam meniti jalan dakwah. “Da’a ilallah” menyeru kepada Allah. Siapa yang kita serukan? Dan adakah cukup sekadar memanggil tanpa membelai, tanpa kasih, tanpa harapan suatu hari nanti sang mad’u pula mampu ‘memanggil’? menggantikan kita, meneruskan perjuangan yang terhenti..

Usrah bukan satu modal kebaikan mempromosikan jamaah/persatuan tanpa diniatkan menjadi medan pengkaderan para rijal. Jika ini berlaku, cukuplah usrah berjalan sebagai satu program yang bermula dengan al-Fatihah dan diakhiri dengan al-Asr. Satu bentuk pembaziran masa dan tenaga atas kaca mata ’kita melakukan kebaikan’. Sedangkan usrah itu matlamatnya melahirkan pewaris, mengembang-biakkan pendokong, sesi penyelarasan fikrah agar tamat usrah; keluarnya para jundullah berjuang dimedan masyarakat. Untuk itu, para dai’e bukanlah calang-calang orang. Pengalaman berusrah tidak meletakkan dia pada status layak menjadi naqib. Namun perasaan sedar memikul tanggungjawab menjadikan dia boleh diamanahkan.

Lihat sahaja pada seerah.

Sahabat Mus’ab bin Umair. Sahabat yang dihantar RasuluLlah ke yathrib untuk berdakwah. Dia tidak bersama RasuluLlah dalam waktu yang lama, namun dihantar memikul tanggungjawab mengislamkan masyarakat yathrib yang akhirnya menjadi kota islam pertama, Madinah. Dimana hendak kita cari sang Mus’ab?

Sahabat Abu Dzar al Ghifari. Dibelasah kerana terang-terangan berdakwah dihadapan kaabah, lalu di suruh oleh RasuluLlah untuk pulang dan berdakwah kepada penduduk kampungnya. Akhirnya, seluruh penduduk kampungnya memeluk islam. Bagaimana hendak kita bina sang Abu Dzar?

Pengajaran ghuzwatul Badr al-Qubra. rasuluLlah memawa bersama 313/314 golongan muhajir dan ansar keluar manahan rombongan dagang Abu Sufian. Namun, skuad road block yang digerakkan terpaksa berhadapan dengan 1000 tentera quraisy lengkap bersenjata. Dikisahkan, rasuluLlah bertanya kepada sahabat2 sudikah mereka turut bersama memerangi golongan quraisy. Lalu bangkit Miqdad bin Amr seorang muhajir menyahut seruan rasuluLlah. Namum rasuluLlah menanyakan lagi beberapa kali, sehinggalah Saad bin Muadz bangkit dan menjawab pertanyaan tersebut. Seorang ansar. rasuluLlah berpuas hati. Kenapa? Kerana respons yang diharapkan ialah dari golongan ansar, melihat sejauh mana mereka faham tentang pengorbanan yang menjadi pakej dan hadiah2 sampingan sebagai seorang muslim. Kita? Kita mahu nanti muka-muka baru yang menyahut seruan jihad, muka-muka baru yang menggerakkan ummah, muka-muka baru yang tampil lebih hadapan dari mereka yang sudah lama dalam tarbiyah. Denagn itu barulah matlamat tarbiyah tercapai. Membina manusia tunduk kepada Allah dan membina pelapis perjuangan. Bila pula sang Saad mahu bangit menyahut seruan?

Wahai para pemuda, bangkitlah menjadi sang rijal.

Hari ini dunia dipenuhi pemuda-pemuda. Hebat. Mereka hebat. Namun bukan mereka yang mampu memimpin ummah. Malahan mereka menjadi indicator kepada kemunduran ummah, antara pra-syarat2 kejatuhan bangsa dan empire. Pemuda merupakan masa depan negara dan dunia kerana mereka bakal memimpin tapi for better or for worst is not yet answered. Just based on luck 100%. Kalau masyarakat bernasib baik, dapatlah kita kepimpinan yang baik, namun jika tidak, dapatlah kita kepimpinan yang dari dulu telah pun diprogramkan untuk merosakkan masyarakat dalam sedar atau pun tidak.

Lain pula dengan rijal. Mereka sangat sedikit hari ini. Golongan yang bakal pupus jika ‘program kemandirian spesis’nya tidak mendapat perhatian. Mereka juga pemimpin masa depan, mereka juga hebat. But surely for the better of the future. Tidak boleh kita nafikan, para rijal hanya memimpin ummah kearah yang lebih baik. Itu satu jaminan yang pasti.

Kenapa diserukan untuk bangkit? Kerana setiap pemuda itu ada kualitinya untuk menjadi rijal. Tersemai jauh dalam diri namun ramai yang menafikan kehendak hati yang menginginkan a bigger purpose in life dari sekadar duduk di rumah jadi anak emak atau keluar menunggang motor mencari cabaran di jalanan atau jadi insan baik penuh dengan sikap moral yang tinggi. Untuk kita membangkitkan conscious ini, hati2 para pemuda ini perlu diketuk. Kita tidak mahukan pemuda yang memimpin atas dasar ‘keperluan memimpin’, namun kita mahukan pemuda yang tergerak oleh hatinya untuk memimpin atas dasar kesedaran ia adalah tanggungjawabnya terhadap ummah.

Hati adalah kunci kepada kebangkitan ini.


Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya:
“Para manusia ini adalah bagaikan benda logam,sebagaimana juga logam emas dan perak. Orang - orang pilihan di antara mereka di zaman Jahiliyah adalah orang - orang pilihan pula di zaman Islam, jikalau mereka diberikan kefahaman. Ruh-ruh itu adalah sekumpulan tentera yang berlain-lainan, maka mana yang dikenal dari golongan ruh-ruh tadi tentulah dapat menjadi rukun damai, sedang mana yang tidak dikenalinya dari golongan ruh-ruh itu tentulah berselisihan - maksudnya ruh baik berkumpulnya ialah dengan ruh baik, sedang yang buruk dengan yang buruk." (Riwayat Muslim).

huraian hadith boleh lihat di sini.

Apakah komponen utama kepada kefahaman? Tidak cukup dengan akal memikirkan, tapi hati juga kena tunduk membukakan peluang untuk akal memahami. Pernah dengar ’mental block’? sebenarnya istilah ini tiada kena mengena dengan akal, kerana yang menghalang diri dari melakukan sesuatu adalah hati. Begitu juga dengan kisahnya para pembesar quraisy, mereka menerima dakwh rasuluLlah, namun hati tidak mahu tunduk, lantas mereka terus hidup dalam kekufuran dan akhirnya ada setengah dikalangan mereka mati dalam keadaan kufur kepada Allah.

Hati ini mampu kita bentuk. Tapi bukan dengan teori. Teori untuk akal. Hati perlu dibentuk dengan perasaan kerana itulah hati. Kita tidak mampu membina rijal2 hebat sebagaimana sahabat Salman Al-Farisi atau Suhaib Ar-Rumi jika hati mereka tidak bersama kita. Begitulah realiti dakwah dan tarbiyah. Targetnya hati agar dengan terikatnya hati, empunya hati mampu untuk meneruskan agenda sang du’at yang dulu pernah membentuk hatinya. Pernah kita fikirkan bagaimana rasuluLlah membentuk para sahabat? Lihat sahaja intipati surah-surah makiyah. Tiada teori, tiada puasa, tiada zakat dan sebagainya. Intipati lebih diberatkan dengan urusan akhirat. Pembinaan hati agar takut dengan azab dan gembira dengan nikamt syurga. Menjadikan hati itu merindui untuk bertemu dengan Allah.

Hari ini, proses ini perlu berulang. Ikatkan hati-hati para pemuda ini untuk merasakan mereka ini sebuah ummah yang mana mereka adalah sebahagian daripadanya. Agenda mereka besar dan jauh.

Wahai pemuda! Bukalah pintu hatimu untuk membangkitkan semangat rijal yang tersembunyi dalam diri!

Aku mencari mereka yang mampu membimbing ummah ini!

broQ: i would like to wish my readers a happy eid mubarak! but dont forget the last days of ramadhan~put in more effort to make full use of ramadhan this time, you never know, it might be our last. SALAM EID MUBARAK

Monday, September 22, 2008

Du’at; sebuah perisian software!?

Bagaimana sebuah perisian software berfungsi? Kita ambil yang mudah, contohnya sebuah calculator: jika kita letakkan inputnya 2 + 3 =, sudah semestinya jawapan yang tersiar di skrin ialah 5. ambil contoh lain pula, jika kita pergi mengisi minyak sebanyak RM50, sudah semestinya liter yang memasuki tangki kereta kita adalah bersamaan dengan nilai RM50. hal ini pasti terjadi. Kerana kedua-dua mesin (kalkulator dan mesin pam minyak) ini telah pun di ‘program’kan untuk berbuat demikian.

Hasilnya, tiada ruang untuk kesilapan. No room for error kata orang. Kesilapan hanya berlaku jika adanya permasalahan dalam sistem program, ataupun kerosakkan pada alatan yang menjadikan mesin tersebut mampu berfungsi tanpa silap.

Untuk apa perisian program ini diciptakan begitu? Agar hasilnya menepati apa yang ’pencipta’nya mahukan, dan dalam isu ini, sang manusia. Calculation perlu dilakukan dengan tepat agar tiada masalah yang berlaku hasil daripada jawapan yang salah umpamanya dalam persoalan kejuruteraan. Kesilapan mengira tidak boleh dimaafkan. Mereka yang meniagakan minyak sudah pasti tidak mahu rugi dengan memberikan minyak yang lebih daripada yang pembeli bayar. Jika tidak, pasti rugi..tak banyak, sikit pun tidak boleh kerana ia sebuah perniagaan yang besar~

Namun, dalam penciptaan manusia, sehebat-hebat penciptaan, Allah menjadikan kita mampu untuk melakukan kesilapan. Bukan sedikit ruang kemampuan sang manusia untuk silap, malahan boleh seumur hidup dipenuhi dengan ‘error’ jika ia bertindak memilih untuk begitu. Dalam erti kata lain; mem’program’kan diri sendiri untuk melakukan kesilapan.

Mesin-mesin yang digerakkan sistem perisian software yang 0.000001% kemungkinan melakukan kesilapan juga ada kelemahannya, ia juga mampu melakukan 100% kesilapan. Ini boleh berlaku jika software yang di’install’ tidak menepati output yang diinginkan. Contoh; mesin vending machine (air tin etc) diprogramkan dengan sistem bayaran tiket kereta, kemungkinan pembeli hanya perlu membayar 50sen sahaja untuk mendapatkan setin minuman (minimum bayaran tiket parking adalah 50sen/jam bagi kawasan sekitar KL..tau sket2 sebab pernah tak beli tiket, kereta kena pulun dek tow truck).

Begitu jugalah para du’at. Jika perisian yang di’install’ itu tidak menepati objektif akhir tarbiyah, kita akan lihat mesin-mesin yang berfungsi, namun dengan perisian yang salah.

Menjadi perhatian kita apabila ramai dikalangan para du’at hari ini telah di’program’kan untuk menjadikan gerak kerja islami itu hanya sebagai satu ’kemestian’ untuk mewujudkan biah soleh.

Usrah itu sekadar halaqah, kerana tanpanya tiada pertemuan menuntut ilmu islami.
Komitmen dalam persatuan islam itu sekadar memenuhi tuntutan berbakti kepada islam.
Menjadi baik itu sekadar mempamerkan islam itu unsurnya baik-baik.

Sebab yang dihasilkan hanyalah;
1. proses penurunan ilmu tanpa mengharapkan output daripada penerima ilmu itu sendiri.
2. gerakkan islam mantap namun hanya atas dasar program-program yang dijana, bukan manusia-manusia yang dibina.
3. syok sendiri, sendiri baik..orang lain?

Du’at tidak boleh dibina atas software-software yang sekali install sahaja sudah memadai. Lebih-lebih lagi apabila software itu mengekang du’at untuk mengambil tindakan di luar dari kebiasaan. Sebuah perisian akan hanya akan melakukan tugas yang disuruh. Tugas yang berkaitan dengan dirinya sahaja.

Cuba kita renungkan bagaimana sahabat Mus’ab bin Umair boleh menjadi seorang daie yang hebat? Dihantar ke yathrib walaupun dengan tarbiyah yang sedikit daripada RasuluLlah..ilmu wahyu belumpun habis. Mungkin sekadar ayat2 juz ’amma. Namun pulang dengan ribuan muslimin yang meraikan kedatangan rasuluLlah dan Abu Bakr.

Mus’ab tidak di install dengan program. He was built. Dia dibina.

Apa bezanya install dan bina?

Install: accept it as it is. Put it in your head and keep it there.
Bina: acceptance that will spark doings. Put it in our heart and share it.

Lantas kita melihat kegemilangan yang diterajui ummah ini, bukan kerana mereka di’install’ dengan program untuk ‘menjadi ummah terbaik’, namun mereka dibina untuk bergerak menjadi ummah terbaik.

Seharusnya kita faham, manusia ada akal dan hati. Dengan akal dan hati ia menetukan hala tuju hidup. Barangkali dengan hati merasa tidak puas kerana adanya peluang melakukan yang lebih baik. Akal pula bercongak-congak memikirkan penyelesaian agar apa yang buruk tidak berulang, yang baik pula boleh dikecapi kembali. Itulah komponen yang tiada pada mesin-mesin yang diprogramkan. Ciptaan kita mungkin hebat, namun tidak mampu untuk menjana pandangan untuk masa hadapan, tidak mampu untuk berperasaan akan yang selain dari diri sendiri. subhanaLlah, hebat Sang Pencipta.

Du’at juga begitu. Pasti ada ruang-ruang error yang boleh berlaku. Namun, bagi du’at yang memikirkan masa hadapan ummah, berpegang dengan prinsip ’menginfakkan diri; harta dan jiwa; masa dan pemikiran’..sudah pasti margin-margin error ini perlu kita kurangkan. Sebolehnya kita tiadakan. Itu yang ideal. Dan ia hanya mampu dirasai apabila kita dibina dan juga membina.

Kenapa? Kerana beban dakwah ini berat. Takungannya terlalu besar. Ruang lingkupnya luas. Tiada batasan waktu yang mengekang sang da’ie untuk terus memerah tenaga. Tiada working hours dan tiada pula coffee’ break. Mesin pasti rosak bekerja lebih masa, fatigue kata istilah engineering. Namun du’at tidak boleh mengenal kata ’penat’. Kerana buat tidak di’install’ sebagaimana mesin-mesin lain, du’at dibina untuk bekerja. Sentiasa akan menjumpai jalan untuk bergerak dalam medan-medan yang pelbagai.

Penulisan ini untuk mengetuk hati sendiri, adakah aku meng’install’kan program kedalam para madu’ ku, atau aku membina mereka untuk bergerak?

broQ: lama betul tak menulis dalam bahasa, rasa kekok pula..

Thursday, September 18, 2008

Perutusan Mursyid' Am Al-Ikhwan Al-Muslimin

Ust. Muhammad Mahdi Akif, Mursyid Am Al-Ikhwan Al-Muslimin

***
“Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Dia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna…” (al-Anfal:24)

Wahai ikhwan dan akhawat

Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, wa ba’d

Moga-moga setiap tahun kamu dilimpahi kebaikan. Kini kamu dipayungi bulan mulia lagi berkat. Di dalamnya kebaikan berantai-rantai tiada putus, hembusan rahmat bertali arus, limpahan kasih al-Rahman mengalir laksana arus. Sesungguhnya Ramadan benar-benar bulan rahmah, maghfirah dan bebas dari belanggu api neraka. ”(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah...” (al-Baqarah:185)

Ketahuilah sesungguhnya perjalanan yang panjang itu memerlukan bekalan. “….dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah takwa dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya)”. (al-Baqarah:197)

Hendaklah kamu jadikan Ramadan ini masa untuk menyiapkan bekal setahun. Jadikan siam (puasa), qiam, wirid, i’tikaf, sedekah dan solat sebagai bekalan dalam perjalanan mengadap Tuhan. Daripada bekalan itu kita bisa berdiri, membangun cita-cita yang tinggi, memperkuat keazaman yang murni. Saat kita beramal di bulan yang mulia, hati bertaut dengan Kekasihnya, tidak lucut ikatannya, tidak putus pengharapannya, sedang jiwa mencapai keberuntungan berjual beli dengan Allah Yang Maha Esa. ”Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambaNya.” (al-Baqarah:207)

Jadikanlah Ramadan ini titik berlepas ke arah mencapai tujuan. Jadikan Islam sebagai sebuah daulah yang bergerak di dalam jiwa-jiwa manusia dan melekat di dalamnya. aqidah dan iradah, amal dan ibadah, ilmu dan kepimpinan, keagungan dan ketuanan. Biarlah Islam menjadi aqidah yang menggerakkan iradah (kemahuan), ibadah yang melahirkan amal, ilmu yang melayakkan memimpin, mendapat penghurmatan dan ketuanan. Semuanya terhasil dan tercerna mengikut acuan rabbani yang amat luas. Hendaklah semua hati-hati menjadikan matlamat puasa mereka seperti yang telah digariskan di dalam firman Allah yang bermaksud: ”.... supaya kamu bertakwa”. (al-Baqarah:183)

Beramallah dengan bersungguh-sungguh supaya bulan ini tidak pergi kecuali dalam keadaan kamu telah memperlihatkan kepada Allah keyakinan kamu kepada janjiNya, beriltizam dengan perintahNya, berjalan mengikut manhajNya, “Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.” (al-Baqarah268)

Pacakkan bendera yang bersesuaian bagi setiap sepuluh hari bulan Ramadan. Sepuluh yang pertama haraplah rahmat dengan berkasih sayang dan menguhubung silatul rahim. Sepuluh kedua harapkan keampunan dengan memohon ampun dan saling bermaafan agar terlerai segala dosa dan kesilapan lalu. Dan kemudian sepuluh terakhir haraplah kebebasan dari segala belenggu di dunia dan akhirat. “Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.” (al-Ahzab:23)

Sahutlah seruan untuk hidup pada bulan Ramadan ini supaya sepanjang tahun akan datang nanti terus mekar dan subur berpanjangan. ”Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa kamu dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (al-Ahqaf:31)

Awas dan waspada Jangan sampai Ramadan kali ini terlucut dari genggaman kamu! Jika itu berlaku, rugilah kamu, kerugian yang tidak mungkin ditampung dengan apa usaha sekalipun. ”Dan sesiapa tidak menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya ke jalan Allah, maka dia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab walau ke mana sahaja dia melarikan diri) di bumi dan dia tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung yang membelanya; mereka (yang demikian sifatnya) adalah dalam kesesatan yang nyata.” (al-Ahqaf:32) “Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira” (al-Rum:4)

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
محمد مهدي عاكف
المرشد العام للإخوان المسلمين

Terjemahan Ustazah Maznah Daud/Ramadhan 1429.
credits to Mujahid
ikhwan muslimin..read more
***
18th of ramadhan..12 days left to be in the month of tranquility. have i made full use of it?

Wednesday, September 3, 2008

Ghulamu Dakwah - A Maghrib Tazkeerah Session

ramadhan 3rd, 1429

after breaking our saum, gg and me headed upstairs to perform our maghrib prayer with the rest of the jamaah. was quite tough to be stuffing our foods for a short 20 minutes, then perform our solat! hoh hoh hoh~i need space to breath! no wonder why its best that we break our saums with a simple tamar/date then carry out our solat..after then only we 'melantak' accordingly.

well, i'll try to put this to practice. no point stressing this out if i have no intention of practicing it.

nyw, after maghrib prayers, gg and me decided to join in with saiful, wan hazim, azri and fikri..whom were busy discussing something and saiful was kinda ready to start a tadarus session.

we recited surah al-Buruj - surah ke-85.

when bro gg referred to the meanings, we came to the part of 'ashabul ukhdud'..we had a story telling session on that. so as promised, here's the full version of the hadith (in bahasa):

***
Hadith mengenai Ahli Sihir, Rahib dan Ghulam (budak)

Mahmud bin Ghailan dan Abdun bin Hamid menceritakan kepada kami dengan cerita yang mernpunyai makna yang sama, kedua-duanya berkata; Abdur Razak menceritakan kepada kami daripada Ma’mar daripada Shabit al-Banaani daripada Abdur Rahman bin Abu Laila daripada Suhaib bahawa beliau berkata;

“Rasulullah (s.a.w) apabila bersembahyang Asar, baginda menggerakkan dua bibirnya seolah-olah baginda bercakap. Dikatakan kepada baginda; “Kamu wahai Rasulullah, apabila kamu bersembahyang Asar, karnu menggerakkan dua bibirmu seolah-olah kamu bercakap. Maka baginda bersabda: “Salah seorang daripada para nabi merasa ajaib dengan umatnya lalu dia berkata; “Siapakah yang akan mengendalikan urusan mereka?! Maka Allah mewahyukan kepadanya supaya memberikan mereka pilihan sama ada membunuh diri atau dikuasai oleh musuh. Mereka pun memilih membunuh din. Maka kematian berleluasa di kalangan mereka. Pada suatu hari berlaku tujuh puluh ribu kematian.”

Suhaib berkata; “Apabila Rasulullah menyebut hadis ini, baginda akan menceritakan hadis yang lain.”Baginda (s.a.w) bersabda; Terdapat seorang raja di kalangan raja-raja yang rnempunyai seorang tukang nujum’ yang berkhidmat kepadanya, Tukang nujum [1] tersebut berkata; “Carilah untukku seorang ghulam yang mudah memahami atau dia berkata; yang cerdik dan cepat faham supaya aku dapat rnengajarnya ilmu aku mi, Sesungguhnya aku bimbang aku akan mati dan ilmu ini tiada yang mewarisinya serta tiada seorang pun di kalangan kamu yang mengetahuinya.”

Baginda bersabda lagi; “Mereka pun mencarinya berdasarkan kepada ciri-ciri yang disebutkan dan ghulam yang dijumpai diperintahkan supaya menemui tukang nujum tersebut dan sentiasa mendatanginya. Maka ghulam tersebut pun berulang-alik menemuinya. Di perjalanan, terdapat seorang rahib yang beribadat di gerejanya. Ma’mar (salah seorang perawi hadis ini) berkata; “Mereka yang berada di dalam gereja ketika itu adalah golongan muslimin.”

Baginda bersabda lagi; “Ini menjadikan ghulam sentiasa bertanyakan rahib tersebut setiap kali dia melaluinya. Keadaan tersebut berterusan sehinggalah rahib menceritakan kepadanya dan berkata; “Sesungguhnya aku menyembah Allah.”

Baginda bersabda lagi; “Ini menjadikan ghulam berhenti untuk berjumpa rahib dan lewat menemui tukang nujum. Tukang nujum pun menceritakan kepada keluarga ghulam dengan mengatakan; “Dia lewat datang menemuiku.” Ghulam menceritakan perkara ini kepada rahib lalu dia menjawab; ‘Apabila kamu ditanya oleh tukang nujum; Di mana kamu sebelum ini?. Jawablah; Bersama-sama keluargaku. Apabila keluargamu bertanya di mana kamu sebelum ini?, beritahulah mereka bahawa kamu bersama-sama dengan tukang nujum.

Baginda bersabda lagi; “Keadaan tersebut berterusan sehinggalah pada suatu hari dia melalui sekumpulan ramai manusia yang tertahan disebabkan seekor binatang. Sebahagian mereka mengatakan bahawa binatang tersebut adalah singa.” Sabda baginda; “Maka ghulam pun mengambil seketul batu lalu berdoa; “Ya Allah, sekiranya apa yang diperkatakan oleh rahib adalah benar, maka aku pinta daripada-Mu untuk membunuh binatang mi.” Dia pun melontarnya, maka binatang tersebut mati dan orang ramai tertanya-tanya; Siapakah yang membunuh binatang ini?

Sebahagian mereka menjawab; “Ghulam”. Maka manusia menjadi takut. Mereka berkata; “Sesungguhnya ghulam ini telah mengetahui suatu ilmu yang tidak diketahui oleh sesiapa pun.”
Baginda menambah lagi; ‘Peristiwa ini diketahui oleh seorang buta, lalu beliau berkata kepada ghulam; Sekiranya kamu dapat mengembalikan penglihatanku, kamu akan mendapat sekian-sekian. Ghulam menjawab; “Aku tidak memerlukan semua itu daripada kamu, tetapi apakah pandangan kamu sekiranya penglihatanmu dikernbalikan kepadamu. Apakah kamu akan beriman kepada orang yang mengembalikannya?”. Beliau menjawab; “Ya.” Maka ghulam pun berdoa kepada Allah, lalu Allah mengembalikan penglihatannya. Dengan itu si buta beriman. Keimanan mereka diketahui oleh raja dan mereka dipanggil mengadap lalu raja berkata; “Aku akan membunuh kamu semua dengan cara yang berbeza-beza.”

Maka dibawa rahib dan si buta, lalu diletakkan gergaji di tengah-tengah kepala salah seorang daripada mereka, kemudian dia dibunuh. Seorang lagi dibunuh dengan cara yang lain. Selepas itu, arahan ditujukan kepada ghulam; “Bawa dia ke bukit sekian-sekian. Campaklah dia dari puncaknya.” Mereka pun mebawa ghulam menuju bukit tersebut. Apabila mereka sampat ke tempat tuju, mereka semua jatuh daripada bukit kecuali ghulam. Kemudian dia pulang menemui raja.

Selepas itu, raja memerintahkan supaya dia dibawa ke laut dan dicampakkan ke dalamnya. Maka dia dibawa ke laut, lalu Allah menenggelamkan mereka yang bersamanya dan menyelamatkannya. Selepas itu ghulam berkata kepada raja; “Kamu tidak akan dapat rnembunuh aku sehinggalah kamu menyalib dan memanahku. Kamu hendaklah berkata ketika memanahku; “Dengan nama Allah, Tuhan ghulam ini.”

Baginda (s.a.w) menyambung lagi; “Maka raja pun memerintahkan supaya dilakukan apa yang dicadangkan lalu ghulam disalib. Kemudian raja memanahnya sambil berkata; “Demi Allah, Tuhan ghulam ini.” Sabda baginda lagi; “Lalu ghulam meletakkan jarinya pada bahagian di antara mata dan telinganya. Selepas itu, dia pun meninggal. Dengan itu, orang ramai pun berkata; “Sesungguhnya ghulam ini mengetahui suatu ilmu yang tiada sesiapa pun yang mengajarnya. Dengan itu kami beriman dengan Tuhan ghulam ini.”

Baginda bersabda lagi; “Dikatakan kepada raja; “Apakah tuanku merasa resah gelisah ketika tiga orang tidak mengikut tuanku. Sesungguhnya alam seluruhnya telah menentang tuanku.” Baginda meneruskan cerita; “Maka parit pun digali. Kemudian dikumpulkan kayu api di dalamnya lalu dinyalakan. Selepas itu orang ramai pun dikumpulkan, lalu raja berkata; “Sesiapa yang kembali kepada agama asalnya, kami akan selamatkan dia. Sesiapa yang enggan, kami akan campakkan dia ke dalarn api ini.” Kemudian mereka pun dicampakkan ke dalam parit tersebut.

Baginda bersabda; “Allah telah berfirman “Telah dibinasakan orang-orang yang membuat parit. (Pari) api yang dipenuhi bahan bakaran. (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya. Dan mereka menyaksikan apa yang mereka lakukan terhadap orang-orang yang beriman. Dan mereka tidak menyiksa orang-orang mukmin melainkan kerana mereka beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.”

Sabda baginda lagi; “Mengenai ghulam, dia telah dikebumikan.” Disebut bahawa pada zaman pemerintahan Umar bin al-Khattab, mayatnya dijumpai dan didapati jarinya masih berada pada bahagian di antara mata dan telinganya sebagaimana ketika dia dikebumikan.
Abu Isa berkata; “Hadis ini adalah hadis hasan gharib.”
***
surface lessons shared:
  1. we work our heads off - the result, we leave it to Allah.
  2. stand firmly on your principles - eventhough being threat
  3. seeking knowledge is vital in life - seek all you can
  4. good deeds are rewarded with jannah - we have no idea of how great jannah is compared to life on earth
  5. sins will be punished in naar - the heat from the sun is not even a glimps of hell's fire
  6. He is forgiving - thus seek forgiveness

broQ: RAMADHAN..so much to do, so little time. 27 days left~ (-_-) sob

Monday, September 1, 2008

report-PICNIC USRAH BROTHERS UNITEN + MIAT 2008

US - without izzudin and ridhwan..

31 August 2008

Picnic Usrah Brothers UNITEN ke Sg Pisang

Alhamdulillah, been given the opportunity to organize an outing session with the joint usrah groups of UNITEN’s june 2008 intake. All 24 of us including izzudin from UTP and Ali with his usrah from MIAT. Chronologically, our event went as the following:

7.30am
Supposedly we were to gather at kelompok amanah’s office but end up meeting at 8.00am. Syafiq came early with Abdulrahman..while my fellow usrah brothers; ikram, jaffreen and ridhwan was already there when azzizi and me came out of our house. 30 minutes later some others came as well as ali with his packed up wira of 4 MIAT students. Before we headed off, I gave a little intro of our trip and a little task of memorizing the al-Fatihah with its meanings while in the car which was included in a little ‘personal ramadhan kit’, initated by kak MJ. Alhamdulillah, many managed to finish the task where the surah insyaAllah will be discussed in the coming usrah session.

8.45am
We departed for Sg. Pisang and planned to stop on the way at Giant (tmn melawati) to pick up azrie and our nasi lemaks..the MRR2 was unusually not crowded with cars thus only took us around 30minutes to reach Giant and pick up azrie who made us wait another 15minutes since he didn’t expected us to reach there that early.

10.00am
Reached Sg. Pisang. Had a little briefing about our trekking into sg. Pisang plus some stretching conducted by azrie, our football champ! The walk along the river took us around 45minutes..had our group photo taken at the first waterfall and continued our climb along the cliff and dropped our supplies at the second faterfall. There we played ‘mummy pasir’..still needs more improvements in the module~

Anyway, brothers were divided into 5 groups. Each group had to come out with a volunteer to become the mummy. As fast as possible, each group had to cover the mummy’s face, neck and arms with sand and leaves. Once done, the group members will have to guide the mummy to the river and clean it self.
Moral gained:

  1. the mummy is like our hearts, it will from time to time be dirtied by sins
  2. since only the face, neck and arms are covered (not all the body), it shows that even with small sins we should repent and seek his forgiveness as soon as possible
  3. friends are supposed to guide us into ‘cleaning’ ourselves. It shows how important having good friends are
  4. how easy it is to seek His forgiveness..with only washing the dirt off. Allah is only a prayer away, it’s not that hard to seek His guidance and forgiveness, and He surely will grant it!

After the games, we build our ‘stove’ and started BBQing our Carrefour marinated chickens and hot dogs~took us till 1.30pm to finish cooking. While some where busy cooking, others took the advantage diving into the rivers. Sg. Pisang Rocks! Alhamdulillah, the guys took turns dipping in and cooking..without having given specific tasks.

1.30pm
We all prayed dzuhur together on the bare soil. It was a first for most of them, having to pray with their wet cloths and natural ‘sajadah’. After our prayer, we had a little share on the values we could relate to life from the experience of trekking trough sg. Pisang till the ‘mummy pasir’ we palyed.
Life values:

  1. life has only 1 objective..to reach jannah. We will face obstacles in our journey, but to reach the end determines on how fit mentally, physically and spiritually we are. What path we took. Either we gave up or not
  2. follow good examples and guidance. Others won’t reach the destination with out the guider..Life is never about achievements, but its about moving forward. And to move forward we need guidance to follow so that the path we take is promised good rewards..in life, to be rewarded with jannah. these guidance we talk about is al-Quran and as-Sunnah!
  3. this life on earth is temporary. It’s filled with wonders but for those who seek further, they’ll be rewarded with ‘more kilometers’ of wonders in heaven. If we stopped at the first waterfall, and didn’t climb the cliff which was kind off impossible and dangerous to climb, we would not have met the second waterfall. Which was a diving heaven!

2.00pm
EAT! (entahlah..rase macam penting jerk highlight event nih..hahaha)

3.00pm
Headed back to the cars through the highway.

3.15pm
Reached the cars and had our closing ceremony. We ended it with a big shoulder to shoulder hug of tasbih kifarah and al-Asr.

May our journey toughen us to become good muslims and enhance our opportunity to help and benefit the ummah..and revive ISLAM back!

HAPPY RAMDHAN KAREEM MY BROTHERS

pictures-PICNIC USRAH BROTHERS UNITEN + MIAT 2008

K.A.M.I.
from left;acap,wan (MIAT), ali, gg, azri, azrie (tgh tunduk), rahman, mahlil (kena simbah), saiful, jaffreen, hakim, izzudin, ikram, syazwan (MIAT), nazrin, sheikh (MIAT), syahir, wan hazim, qayyim, irsyad, ridhwan, fadhullah, syafiq and fakri(MIAT)

short briefing session on the trekking and tentative of the program

"stretch those muscles guys..1, 2, 3..3 more!" -azrie

terowong kehidupan~simulasi alam rahim, sebelum menempuh perjalanan kehidupan dunia sambil membawa perbekalan hidup menuju destinasi abadi, jannah..insyaAllah


GG sang mummy! ft. ikram, nazrin and rahman of UNITEN~

KAMEN RIDER (azri) ft. mahlil, broQ, syeikh of MIAT and saiful of SAFAR..ceyh

bara oh bara..apsal susah sangat mau idop

acap: "awat hitam neyh!"

syafiq: "sape nak yang hitam2 nih?"

wan hazim (yang angkat tangan tuh): "saye! saye!"

izzudin: "hehehe..sat agi aku tibai semua ayam2 tuh~"

Ya ALLAH, Kau kurniakan kami istiqamah dalam meniti perjalanan kehidupan menuju redhaMu, Kau kurniakan kami kekuatan untuk bina keperibadian muslim yang unggul, Kau perteguhkan hati kami sebagai bersaudara

"makan! makan! makanan nih pon bekalan kehidupan~" -saiful

brothers MIAT

PATI..mau tumpang pergi genting bisa pak?

PATI setelah berjaya ditangkap pihak berkuasa

sampai ke penghujungnya..moga Allah ambil kita semua dalam keadaan kita redha akan kehidupan yang kita lalui, dan dalam Dia redha akan pengabdian kita selama kita hidup dunia