Sudah banyak barang yang hilang di surau itu. Telefon bimbit yang baru masuk usia 3 tahun, selipar yang seminggu dibeli..dan juga maruah aku. Tidak ingin aku kongsikan pengalaman buruk ini, Cuma banyak hikmah yang aku belajar dari peristiwa ‘besar’ yang berlaku dalam 5 hingga 10 minit aku terkejar-kejar untuk solat asar sebelum melaksanakan janji untuk berusrah dengan ajk-ajk surau. Tapi yang nak dihighlightkan di sini, maruah aku tercalar akibat tindakan ‘bodoh’ mereka.
Aku rasa marah. Dan aku mahu pertahankan aib aku.
Aku tanya rasional tindakan mereka. Jawapan yang diberikan tidak munasabah. Aku cuba sedaya mampu untuk sekadar senyum. Aku Tanya lagi, menegaskan ingin dapatkan jawapan mereka. Dia membisu. Aku mengugut. Dia pertahankan jawapannya..aku hilang sabar.
Rasionalkah tindakkan aku? Berhikmahkah..atau aku sekadar ingin kelihatan baik setelah teguran aku itu kelihatan sedikit tidak islamik?
Mungkinkah jika aku sekadar menegur tindakannya itu salah, dan mengahirkan pertemuan itu dengan senyuman..ia akan membuahkan hasil yang lebih baik? Bukankah dengan menahan amarah, ia sudahpun menjadi satu qudwah hasanah?
Menahan amarah, aku gagal saat itu. Memaafkannya, sehingga kini peristiwa itu masih bermain di fikiran. Aku mahu membawa perbekalan takwa, namun kriteria inipun belum mampu aku garap dan laksanakan dalam kehidupan.
Ya Allah, Kau tutup dan lindungilah aibku, perteguhkan pendirianku, jadikan aku dikalangan mereka yang menahan nafsu amarahnya dan mudah memaafkan orang lain.amin.
3 comments:
Manusia apabila marah, pelbagai tindakan luar biasa yg tidak dijangka mungkin akan dilakukannya, beseler manusia....
Insya Allah ana doakan nta termasuk dalam golongan hamba2Nya yg soleh lg bersabar dalam mengharungi perjalanan ini.....
semoga DIA ampunkan dosadosa kamu+budak tu.
Salam,
Setiap pengalaman adalah pengkayaan. Yang beruntung ialah mereka yang mengambil iktibar dan pengajaran. Abi dan Umi
Post a Comment