Thursday, May 14, 2009

ANTARA MEMPERTAHANKAN AIB & MENAHAN AMARAH

Semanjak bermastautin di Dungun, surau Sekolah Menengah Teknik Dungunlah yang menjadi medan untuk bersama kariah setempat. Bukan tiada surau penduduk yang berhampiran, cuma surau sekolah ni lebih hampir dan mampu aku hidupkan usaha-usaha dakwah dikalangan pelajar sekolah. Mungkin kerana sudah lama bersama mereka, ada dikalangan mereka tidak lagi menganggap aku ni sebagai orang luar yang selalunya dihormati, dijaga haknya sebagai pengunjung dan sebagainya.

Sudah banyak barang yang hilang di surau itu. Telefon bimbit yang baru masuk usia 3 tahun, selipar yang seminggu dibeli..dan juga maruah aku. Tidak ingin aku kongsikan pengalaman buruk ini, Cuma banyak hikmah yang aku belajar dari peristiwa ‘besar’ yang berlaku dalam 5 hingga 10 minit aku terkejar-kejar untuk solat asar sebelum melaksanakan janji untuk berusrah dengan ajk-ajk surau. Tapi yang nak dihighlightkan di sini, maruah aku tercalar akibat tindakan ‘bodoh’ mereka. 

Aku panggil salah seorang dari mereka yang rasanya berlima.

Aku rasa marah. Dan aku mahu pertahankan aib aku.

Cuma bagaimana ingin aku tegur?

Aku tanya rasional tindakan mereka. Jawapan yang diberikan tidak munasabah. Aku cuba sedaya mampu untuk sekadar senyum. Aku Tanya lagi, menegaskan ingin dapatkan jawapan mereka. Dia membisu. Aku mengugut. Dia pertahankan jawapannya..aku hilang sabar.

Namun Alhamdulillah, hati kembali sedikit tenang. Cuba untuk memberikan sedikit hikmah dalam teguran. Aku tanya dia kenapa tak solat. Dia jawab dah solat. Sedangkan jamaah baru usai solat asar..kami masih di pintu surau. Aku suruh dia berjanji untuk usahakan solat berjamaah lain kali. Aku mintak jamaah yang baru keluar surau menjadi saksi.

Rasionalkah tindakkan aku? Berhikmahkah..atau aku sekadar ingin kelihatan baik setelah teguran aku itu kelihatan sedikit tidak islamik?

Bila aku fikirkan balik, tindakan aku sebenarnya telah memalukan dia. Dan tindakkan aku itu salah. Mungkin pada sewaktu itu aku melihatkan teguran dan perjanjian akhir kami sebagai satu usaha untuk menggalakkan usaha ma’ruf, namun lebih jelas lagi ia menutup ruang-ruang dakwah aku padanya. Selepas ini, perjanjian kami itu menjadi mainannya, dan aib aku itu mungkin akan terus disebarkan.

Mungkinkah jika aku sekadar menegur tindakannya itu salah, dan mengahirkan pertemuan itu dengan senyuman..ia akan membuahkan hasil yang lebih baik? Bukankah dengan menahan amarah, ia sudahpun menjadi satu qudwah hasanah?

Aku teringat surah ali-Imran ayat 134. Mereka yang bertakwa itu; yang menginfakkan hartanya baik ketika lapang mahupun sempit, menahan amarahnya dan memaafkan manusia.
Menahan amarah, aku gagal saat itu. Memaafkannya, sehingga kini peristiwa itu masih bermain di fikiran. Aku mahu membawa perbekalan takwa, namun kriteria inipun belum mampu aku garap dan laksanakan dalam kehidupan.

Ya Allah, Kau tutup dan lindungilah aibku, perteguhkan pendirianku, jadikan aku dikalangan mereka yang menahan nafsu amarahnya dan mudah memaafkan orang lain.amin. 

Tuesday, May 12, 2009

Persoalan Buat Kaum Wanita...

amat jarang aku buat posting sebegini..mungkin tidak pernah lagi..

tapi satu persoalan besar yang perlu dirungkaikan:

KEGEDIKKAN; ADAKAH IA SATU FENOMENA YANG DIBUAT-BUAT ATAU SEMULA JADI DIKALANGAN WANITA?

aku kegelian.

mohon pandangan ramai.