Sunday, December 21, 2008

Planning Last Minit

Alhamdulillah, segala puji pada yang empunya segala keindahan dunia, langit dan yang diantara keduanya. Kelmarin asalnya hendak bermukhayyam bersama PPI Uniten di hulu Langat, namun last minit, haat tidak kesampaian lantaran terlalu ramai yang mendatarkan diri ke program tersebut. Syura pihak pengurusan, senior members terpaksa berkorban tidak turut serta kali ini bagi member laluan buat adik-adik. Itu yang terbaik.

Kerana planning hujung minggu dah lari, terpaksa buat planning baru. Last minit. Last minit kepada last minit.

Sempat ke program Mawaddah Day FASA (alumni al-amin bangi – Former Al-Amin Bangi Students Association) di al-amin. Sebab memang tak jangka dapat pergi, terpaksa berkayuh ke sekolah kerana niat di hati tidak mahu susahkan orang lain. Rasanya dalam 20 minit sahaja berkayuh, tak jauh. Sesampai ke sekolah, Nampak muka-muka yang dah lama tak bersua. Ada juga kawan-kawan amin yang dah habis SPM, semua tanyakan dia..no komen. Memang famous.

Dulu pernah kami satu sekolah, masing-masing cerita tentang TV dan mainan. Sekarang, Alhamdulillah, ligat bercerita gerak kerja dakwah di IPT masing-masing, tak kurang juga Bahri (dulu kami panggil die Syed je) dengan cerita politik kampus DQ nya. Aku yakin, masing-masing memainkan pernannya. Walau apa jua wadahnya, matlamat kita satu. Menyampaikan.

Balik dari program, berkayuh lagi. Tapi kali ini ditimpa musibah sedikit akibat salah judgment. Lambat masuk selekoh, gear pedal terkena pavement menyebabkan sedikit bengkok. Hasilnya, terpaksa kayuh guna gear kecik, sedangkan jauh lagi nak sampai UNITEN..carilah kedai basikal. Jumpa satu dekat dengan shell fasa 1. Apek empunya kedai ketuk sekali dua je pakai tukul. Siap. Tak perlu tukar gear set baru. Alhamdulillah, bolehlah sambung kayuh.

Sampai bilik, zuhur & tidur.

Plan kedua nak isi time hujung minggu ni – rehlah ke air terjun Sungai Gabai. Contact sana. Contact sini. Akhirnya geng usrah Zenit (uniten cup 2009) menyahut seruan. Fadhulla (aka Pok Loh), Irsyad, Syafik, Nizam, Munzir & Airil. Plus kami. Aku, GG, Syafiq Rahim and Izzudin. Kalau ikut planning asal, nak buat sabtu tengah hari, tapi ramai yang tak dapat. Tukar ke ahad pagi sebab terserempak dengan Pok Loh, Irsyad & Syafik dengan lepak tepi Upten malam sebelumnya. Time tu lah set masa. Esok pagi terus gerak.

Pagi ahad, aku jalan kaki je nak ke tempat kumpul. GG mengekor kat belakang, tengah obsess ambik gambar dengan DSLR Olympus barunya. Tengah jalan tu lah Allah temu kan dengan Hazim Sharudin. Die tengah kayuh basikal balik dari sarapan gamaknya. Sempat beli surat khabar lagi. Borak-borak sambil jalan ke Amanah, berjaya convince kan dia untuk turut sama. Jumlah semuanya 10 orang, Munzir tarik diri last minit.

Bergeraklah kami dengan 2 kereta; kelisa Syafiq & waja Din. Ada kalanya kami borak-borak, dari isu umum sampailah perkenalan kepada karisma. Intro je. Tapi yang penting, faham yang sekarang nih kita dalam proses nak membentuk peribadi-peribadi muslim. Medan mana nak bergerak, itu kemudian cerita : ) 

Dalam perjalanan kami singgah beli makanan – nasi lemak, karipap dan air minum 2 botol. Buat mengisi perut kami yang rasanya semua belum bersarapan kecuali Hazim~rasanya 10 minit kemudian, kami sampai ke destinasi. Rasanya jam dah pun pukul 10 pagi. Kami terpaksa parking kereta agak jauh dari pintu masuk. Pakcik yang jaga tiket masuk kata kami datang lewat, ada yang datang bawak family seawall 7.30 pagi. Hmmm, ada pepatah inggeris, “early birds gets the worms”, betul kata tu. Tapi “early worms gets eaten by birds” betul juga..

Lubuk air terjun utama dah pun dipenuhi orang. Kami rancang nak mendaki ke atas. Cungap. Sampai. Ramai juga orang. Naik lagi. Jumpa port.

Kami mandi aje. Main pun, lawan tahan nafas & simbah-simbah..selain tu, ada juga detik-detik cemas. Hazim tergelincir. NauzubiLLah. Tinggal paras atas pinggang aje yang masih berpaut pada batu. Aku juga tergelincir. Beberapa inci lagi je nak masuk air bersama kamera DSLR baru GG. GG cuak. Aku tak tahu. Die risaukan aku atau kameranya. Hahaha. Alhamdulillah, Allah selamatkan semuanya.

Puas mandi? Tidak. Tapi aku puas sebab orang lain puas. Aku puas sebab dapat merapatkan lagi ukhuwah dengan adik-adik ni. Aku puas sebab aku rasa rapat lagi dengan mereka. 
Moga ukhuwah ini berkekalan. Kekal atas dasar ketaatan pada Allah. 

K.A.M.I - irsyad, syafiq, fadhulla, bro Q, GG, izzudin, nizam, hazim (duduk), airil & syafik

BroQ: indah..namun sangat sedikit sekali mereka yang bersyukur. Ya Allah, golongkanlah kami di antara mereka yang bersyukur.

5 comments:

Unknown said...

hohoho..tahniah..

rindunye nk maen air terjun

rindunye nk g hutan

rindunya hirup udara segar di dalam hutan

n paling rindu berjumpa ikhwah di malaysia..

uhubbuka fillah...

muhammad_alfateh said...

Alhamdulillah. Teruskan mengumpul, menyusun dan membina. Hanya Allah yang layak memberi ganjaran kepada kalian.

Kembara hamba mencari Tuhannya; salah satu episodnya terakam di Air Terjun Sungai Gabai. Allahuakbar!

HambaAllah Yang Memakmurkan said...

masyaAllah nice pictures..ni amik ngan DSLR Olympus tu ke? hehe

Park said...

Salam, nice sharing. Sori x dpt join. Rasa cam rugi la plak. Hehe...

Nice pants though.... =))

solahuddin the warrior said...

fuh best

masa kat PJ dulu penah gi sini
ngan memember

best bile teringat kenangan (masa bujang dulu) :)