Saturday, October 1, 2011

Loceng Kesabaran

Ding dong ding dong
Ding dong
Assalammualaikum!
Ding dong ding dong ding dong

....

Ding dong ding dong
Assalammualaikum!
Assalammualaikum!

....
..

ding





...




Ding dong ding dong ding dong
Assalammualaikum!
Ding dong

Wa'alaikumsalam!
Aaaa abang. Saya dari Dominos Pizza nak buat promosi sebab kami...
Awak ni darjah berapa?
Ingat ni rumah mak ko yang punya!?
Maaf bang. Tapi ni promosi sebab kami bukak kedai dekat seksyen 9..
Kepala hotak ko aku tanya pasal promosi ko! Tu budak yang tekan loceng rumah aku macam orang gila tu apsal!?
Maaf bang..ni kami nak promosi pizza. Boleh call untuk penghantaran terus ke..
Baguslah! Aku boleh call boss korang bagitau biadapnya korang!

Senyap.

Aku renung tajam. Mereka pun renung tajam.

Mereka belah.

Aa baguslah. Nak tekan lagi tak loceng rumah ni? Percuma je! Takpun main loceng rumah sebelah!

Mereka duduk bawah pokok kat hujung rumah. Berehat.

Aku perhatikan dari grill pintu.

10 minit keadaan kekal seperti itu.

Dialog diatas adalah daripada kejadian sebenar tengah hari tadi di Bangi.

Aku pasti ada cara yang lebih baik untuk memberikan teguran. Sabar itu taqwa. Menahan amarah itu taqwa. Memaafkan itu taqwa.

Berhikmahlah terhadap manusia. Sesungguhnya mereka perlukan bimbingan dan kasih sayang..

4 comments:

kahfi8 said...

salam,

leh tahan.. enta bengang sangat ea ngan dorang??

QAYYIM HAFIDZI said...

Boleh tahan jugaklah ana marah time tu. Kebetulan ana tengah sibuk kemas barang nak balik Paka, boleh plak ada orang nak tekan loceng rumah macam tu skali..

Lepas ana tutup pintu, baru terfikir. Apa ana dapat dengan marah diorang? Apa plak yang diorang dapat selain kena marah?

Nak kena belajar untuk sentiasa chill and cool. Walaupun tengah marah. Mungkin dengan cara tu baru dapat kawal emosi dan memberikan teguran secara hikmah.

Anonymous said...

wow. ana yg baca pun blh sentapp. serious dapat palpitation (jantung berdebar-debar) beberapa minit. tp maybe ana baca dialog tu dgn penuh emosi kot.

tp at least dah sedar :)
ikhwah kena ada kesabaran yang laaagi kuat sebab ada ujian kesabaran yang laaaaagi dahsyat 3:200

kuatkan kesabaran dlm seharian!

e-m-e-r-s-a-y-a-z-r-i-n said...

haah.ambik le pengajaran.