Sejak bila, pertemuan pertama, dimanapun sudah kabur di ingatan
Sekian lama ikatan kasih ini terjalin
Sekian lama jugalah aku memendam rasa
Agar kita meniti jalan yang sama, jalan yang panjang penuh cabaran
Begitu banyak kini yang kita raih
Begitu banyak jualah yang masih kita tagih
Impian kita akan sentiasa tinggi
Sebagaimana tingginya hakikat keimanan yang haq itu
Impian kita akan sentiasa kita perjuangkan
Sebagaimana tekadnya sang pejuang qital memburu syahid
Impian kita akan sentiasa kita kongsikan
Sebagaimana kita berkongsi makan diwaktu kepayahan
Ayuh kita layangkan pandangan pada impian ini
Tataplah sinar kejayaan yang pasti itu dengan semangat membara
Agar kita bina halatuju ini kepadanya
Yakinlah ia ada dihujung jalan
Suatu jalan yang panjang, payah dan sukar memang pasti
Menuntut kualiti yang bukan calang-calang
Memerah keringat yang tidakkan terdaya
Begitu banyak lompong hari semalam
Apakah kita layak untuk sekalipun duduk atas jalan ini?
Izzahlah dengan apa yang kita kerjakan!
Moga lompong semalam kita isi di waktu mendatang
kerana tiada lompong atas muka bumi melainkan ia akan segera diisi semula
baik dari tanah mahupun sekujur tubuh manusia
Tika jasad-jasad kita tidak lagi bersua
Tika suara kita tidak lagi saling berbicara
Tika ruh kita menghadap yang maha Esa
Menuntut belas kasih dan rahmanNya
“Ya Allah..aku telah meniti jalan keredhaanMu”
Mampukah kita ucapkan yang sedemikian?
Redhakah kita atas apa yang telah kita kerjakan?
Sahabat, Inilah jalannya
Thabatlah, kerana tiada lagi jalan yang lain
Qayyim Hafidzi
Darul Khair, no. 30 jln 8/13, Bandar Baru Bangi, Selangor
UNITEN, final exam week, 1st semester final year 2009
Jalan dakwah ni, bukannya jalan baru..kita sebenarnya meniti jalan-jalan yang telah pun di'pave'kan oleh para rasul2 dan golongan solihin. tapi kalau taknak ikut atau bersungguh dan teliti, macam nilah jadinya.
perkongsian dari www.dk-kidhl.blogspot.com
ditujukan khas buat sahabat; Syafizal, Azzizi, Luqman Pathi, Luqman A.Halim, Airil, Jaffreen
2 comments:
nama ana xda pun..haha
hmm...anta nye sajak yg lain.power nye..tak boleh letak di tempat awam~
Post a Comment