Monday, September 22, 2008

Du’at; sebuah perisian software!?

Bagaimana sebuah perisian software berfungsi? Kita ambil yang mudah, contohnya sebuah calculator: jika kita letakkan inputnya 2 + 3 =, sudah semestinya jawapan yang tersiar di skrin ialah 5. ambil contoh lain pula, jika kita pergi mengisi minyak sebanyak RM50, sudah semestinya liter yang memasuki tangki kereta kita adalah bersamaan dengan nilai RM50. hal ini pasti terjadi. Kerana kedua-dua mesin (kalkulator dan mesin pam minyak) ini telah pun di ‘program’kan untuk berbuat demikian.

Hasilnya, tiada ruang untuk kesilapan. No room for error kata orang. Kesilapan hanya berlaku jika adanya permasalahan dalam sistem program, ataupun kerosakkan pada alatan yang menjadikan mesin tersebut mampu berfungsi tanpa silap.

Untuk apa perisian program ini diciptakan begitu? Agar hasilnya menepati apa yang ’pencipta’nya mahukan, dan dalam isu ini, sang manusia. Calculation perlu dilakukan dengan tepat agar tiada masalah yang berlaku hasil daripada jawapan yang salah umpamanya dalam persoalan kejuruteraan. Kesilapan mengira tidak boleh dimaafkan. Mereka yang meniagakan minyak sudah pasti tidak mahu rugi dengan memberikan minyak yang lebih daripada yang pembeli bayar. Jika tidak, pasti rugi..tak banyak, sikit pun tidak boleh kerana ia sebuah perniagaan yang besar~

Namun, dalam penciptaan manusia, sehebat-hebat penciptaan, Allah menjadikan kita mampu untuk melakukan kesilapan. Bukan sedikit ruang kemampuan sang manusia untuk silap, malahan boleh seumur hidup dipenuhi dengan ‘error’ jika ia bertindak memilih untuk begitu. Dalam erti kata lain; mem’program’kan diri sendiri untuk melakukan kesilapan.

Mesin-mesin yang digerakkan sistem perisian software yang 0.000001% kemungkinan melakukan kesilapan juga ada kelemahannya, ia juga mampu melakukan 100% kesilapan. Ini boleh berlaku jika software yang di’install’ tidak menepati output yang diinginkan. Contoh; mesin vending machine (air tin etc) diprogramkan dengan sistem bayaran tiket kereta, kemungkinan pembeli hanya perlu membayar 50sen sahaja untuk mendapatkan setin minuman (minimum bayaran tiket parking adalah 50sen/jam bagi kawasan sekitar KL..tau sket2 sebab pernah tak beli tiket, kereta kena pulun dek tow truck).

Begitu jugalah para du’at. Jika perisian yang di’install’ itu tidak menepati objektif akhir tarbiyah, kita akan lihat mesin-mesin yang berfungsi, namun dengan perisian yang salah.

Menjadi perhatian kita apabila ramai dikalangan para du’at hari ini telah di’program’kan untuk menjadikan gerak kerja islami itu hanya sebagai satu ’kemestian’ untuk mewujudkan biah soleh.

Usrah itu sekadar halaqah, kerana tanpanya tiada pertemuan menuntut ilmu islami.
Komitmen dalam persatuan islam itu sekadar memenuhi tuntutan berbakti kepada islam.
Menjadi baik itu sekadar mempamerkan islam itu unsurnya baik-baik.

Sebab yang dihasilkan hanyalah;
1. proses penurunan ilmu tanpa mengharapkan output daripada penerima ilmu itu sendiri.
2. gerakkan islam mantap namun hanya atas dasar program-program yang dijana, bukan manusia-manusia yang dibina.
3. syok sendiri, sendiri baik..orang lain?

Du’at tidak boleh dibina atas software-software yang sekali install sahaja sudah memadai. Lebih-lebih lagi apabila software itu mengekang du’at untuk mengambil tindakan di luar dari kebiasaan. Sebuah perisian akan hanya akan melakukan tugas yang disuruh. Tugas yang berkaitan dengan dirinya sahaja.

Cuba kita renungkan bagaimana sahabat Mus’ab bin Umair boleh menjadi seorang daie yang hebat? Dihantar ke yathrib walaupun dengan tarbiyah yang sedikit daripada RasuluLlah..ilmu wahyu belumpun habis. Mungkin sekadar ayat2 juz ’amma. Namun pulang dengan ribuan muslimin yang meraikan kedatangan rasuluLlah dan Abu Bakr.

Mus’ab tidak di install dengan program. He was built. Dia dibina.

Apa bezanya install dan bina?

Install: accept it as it is. Put it in your head and keep it there.
Bina: acceptance that will spark doings. Put it in our heart and share it.

Lantas kita melihat kegemilangan yang diterajui ummah ini, bukan kerana mereka di’install’ dengan program untuk ‘menjadi ummah terbaik’, namun mereka dibina untuk bergerak menjadi ummah terbaik.

Seharusnya kita faham, manusia ada akal dan hati. Dengan akal dan hati ia menetukan hala tuju hidup. Barangkali dengan hati merasa tidak puas kerana adanya peluang melakukan yang lebih baik. Akal pula bercongak-congak memikirkan penyelesaian agar apa yang buruk tidak berulang, yang baik pula boleh dikecapi kembali. Itulah komponen yang tiada pada mesin-mesin yang diprogramkan. Ciptaan kita mungkin hebat, namun tidak mampu untuk menjana pandangan untuk masa hadapan, tidak mampu untuk berperasaan akan yang selain dari diri sendiri. subhanaLlah, hebat Sang Pencipta.

Du’at juga begitu. Pasti ada ruang-ruang error yang boleh berlaku. Namun, bagi du’at yang memikirkan masa hadapan ummah, berpegang dengan prinsip ’menginfakkan diri; harta dan jiwa; masa dan pemikiran’..sudah pasti margin-margin error ini perlu kita kurangkan. Sebolehnya kita tiadakan. Itu yang ideal. Dan ia hanya mampu dirasai apabila kita dibina dan juga membina.

Kenapa? Kerana beban dakwah ini berat. Takungannya terlalu besar. Ruang lingkupnya luas. Tiada batasan waktu yang mengekang sang da’ie untuk terus memerah tenaga. Tiada working hours dan tiada pula coffee’ break. Mesin pasti rosak bekerja lebih masa, fatigue kata istilah engineering. Namun du’at tidak boleh mengenal kata ’penat’. Kerana buat tidak di’install’ sebagaimana mesin-mesin lain, du’at dibina untuk bekerja. Sentiasa akan menjumpai jalan untuk bergerak dalam medan-medan yang pelbagai.

Penulisan ini untuk mengetuk hati sendiri, adakah aku meng’install’kan program kedalam para madu’ ku, atau aku membina mereka untuk bergerak?

broQ: lama betul tak menulis dalam bahasa, rasa kekok pula..

2 comments:

[ Nazihah ] said...

huhu software, install dan ERROR T_T

QAYYIM HAFIDZI said...

technical writing~moga mampu dimanfaatkan