Thursday, December 20, 2007

kerajaan melayu melaka vs kerajaan malaysia

Pernahkah anda membaca Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang? Sejarah Melayu memperlihatkan nilai budaya, politik dan ekonomi dalam rentetan peristiwa sejarah masyarakat melayu melaka. Nilai-nilai ini selalu diperkatakan mempengaruhi perkembangan politik semasa. Pada pendapat anda, sejauh manakah kenyataan ini benar? sekiranya benar, fikirkan contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

Tidak, saya tidak pernah membaca Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang. Namun, saya ada membaca buku-buku sejarah perihal nusantara dan buku terbaru ialah karangan Dr. Hafidzi Mohd Noor bertajuk "Jejak Risalah Di Nusantara jilid 1: Zaman Pra Islam Hingga Era Pelayaran Muhammad Cheng Ho". Berdasarkan pembacaan dan pendapat saya, amalan politik semasa kerajaan Malaysia tidak banyak dipengaruhi nilai-nilai yang menjadi amalan Kerajaan Melayu Melaka. Lantas dengan itu,pandangan saya, jika nilai-nilai dahulu tidak mempengaruhi sistem kini, begitu jugalah nilai amalan masyarakat terdahulu yang tidak menjadi amalan masyarakat di kemudian hari.

Saya katakan demikian kerana jika dilihat pada sistem perundangan sekarang lebih menekankan perlaksanaan undang-undang sivil dimana perundangan ini mendapat tempat tertinggi dalam membuat penghukuman. Sedangkan di zaman kerajaan Melayu Melaka, asas perundangan yang diguna pakai adalah bertunjangkan hukum-hakam syariah. Di sini kita lihat adanya hukuman pagi perlakuan zina, mencuri dan membunuh berlandaskan apa yang diwahyukan Allah kepada manusia berlandaskan Al-Quran. Oleh kerana sistem penghukuman yang dilaksanakan berbeza, sudah semestinya ia menghasilkan suasana yang berbeza dalam masyarakat melayu melaka berbanding hari ini. Nilai menghukum berlandaskan material (dikenakan hukuman dengan membayar wang ringgit) tidak mampu membina kesedaran dalam masyarakat kerana ia mudah diperolehi malahan pengajaran yang mungkin diterima masyarakat, kesalahan itu boleh diperbetulkan dengan wang ringgit. yang lebih menakjubkan, hukum perundangan melayu melaka terlaksana dalam susur-galur masyarakat yang berbilang kaum hasil penghijrahan mereka ke Tanah Melayu dari negara asal, Kerajaan Melayu Melaka masih tetap mampu mengecapi era kegemilangannya dengan dinobatkan sebagai pelabuhan antarabangsa, pusat pengumpulan ilmu dan juga mengembangkan pengaruh kekuasaannya ke kawasan sekitar. Maka, apa yang dilaksanakan kerajaan sekarang tidak dipengaruhi nilai perundangan asal, kerajaan Melayu Melaka, kerana sistem yang diguna pakai lebih kepada sistem perundangan yang diamalkan kerajaan barat yang pernah menjajah Tanah Melayu, British.

Seterusnya, dari sudut politik perlantikan pimpinan kerajaan, terdapat perbezaan besar kerana dahulunya menggunakan kaedah monarki dan kini kita menggunakan sistem demokrasi. Sistem monarki sering dianggap sebagai satu sistem yang agak zalim terhadap rakyat dan lebih meletakkan status pimpinan itu lebih eksklusif, tetapi pada pendapat saya, ia mampu membawa satu corak pentadbiran yang mantap jika ia dilaksanakan dengan betul. Jika kita kaji semula sejarah pengislaman kesultanan nusantara, ianya dipelopori para pendakwah dan syeikh-syiekh yang terkemuka dalam dunia kebangkitan Islam di nusantara. Ramai para alim ulama ditempatkan didalam istana agar menjadi rujukan mudah oleh sultan, begitu jugalah kerajaan Melayu Melaka bermula dengan Islamnya Parameswara sebagai perintis kerajaan Melayu Melaka. Tidak mungkin seorang anak raja dibiarkan sedang ayahnya, sang sultan, mendapat didikan agama. Oleh yang demikian, pada pandangan saya, sistem monarki yang diamalkan dahulu mampu menjana kesinambungan kepimpinan islam dalam kerajaan Melayu Melaka yang lebih tersusun kerana itulah matlamat yang hendak dicapai melalui penyerahan kuasa pentadbiran lama kepada pentadbiran baru. Walaupun begitu, sistem demokrasi yang menjadi amalan pilihan kerajaan Malaysia menempatkan kekuasaan pimpinan kepada rakyat. Keadaan ini agak goyah kerana corak pemerintahan akan datang ditentukan melalui tahap kesedaran masyarakat semasa. Jika masyarakat ketika itu rendah moralnya, maka pemerintah yang bakal dinaikkan juga besar kemungkinan mengalami keruntuhan moral yang sama dan ini sangat membimbangkan. Oleh yang demikian, sistem politik kerajaan Melayu Melaka meletakkan objektif sebagai sandaran penerusan pemerintahan iaitu islam, sedangkan sistem politik kerajaan Malaysia kini meletakkan objektif penerusan pimpinan hanya sebagai satu program yang perlu diteruskan dan diamalkan.

Menerusi aspek tulisan dan bahasa, masyarakat kini sangat jauh ketinggalan dari aspek memartabatkan penulisan dan penggunaan bahasa kebangsaan. Lebih dahulu kita lihat aspek penggunaan tulisan. Pada zaman kerajaan Melayu Melaka, tulisan dinobatkan sebagai satu medium perantara yang formal hinggakan ketika kedatangan portugis ke Tanah Melayu, portugis berurusan dengan sultan melalui surat dengan menggunakan tulisan jawi. Ini menunjukkan nilai yang tinggi dalam memartabat tulisan bangsa. Sedang kini, tulisan jawi hanya dapat kita lihat dalam sisipan-sisipan surat khabar yang masih cuba untuk memartabatkan penggunaannya. Manakala dari perspektif penggunaan bahasa melayu, bahasa melayu berjaya dinobatkan sebagai lingua franca iaitu menjadi sebahagian daripada bahasa pertuturan dunia. Walaupun kejayaan ini banyak depengaruhi status Melaka sebagai pusat perdagangan dunia, ia tidak akan berjaya sebagai lingua franca jika bangsa yang menuturkannya tidak menobatkan sendiri penggunaan bahasa melayu dalam kehidupan seharian. Hal ini bercanggahan pula dengan situasi sekarang dimana bahasa melayu semakin dikikis penggunaannya malahan dianggap sebagai tidak mampu untuk menjana kejayaan negara. Oleh kerana masyarakat Malaysia sendiri tidak mempertahankan penggunaannya, maka tidak mustahil satu hari nanti, bahasa pengantara negara bakal bertukar kepada bahasa inggeris, yang juga bahasa mereka yang pernah menjajah kita. Tidak saya nafikan bahawa penggunaan bahasa inggeris penting namun, kejayaan hanya mampu kita kecapi jika apa yang kita punyai dinobatkan dengan menggunakannya. Tulisan dan bahasa merupakan identity sesebuah bangsa, jika ia ditarik penggunaannya, ia umpama buah-buahan tanpa kulit.

Secara keseluruhan, yang dilaksanakan kerajaan Melayu Melaka dahulu tidak banyak mempengaruhi corak pentadbiran sekarang. Dan corak pentadbiran banyak mempengaruhi suasana dalam masyarakat. Apa yang boleh saya ringkaskan, Zaman kerajaan Melayu Melaka adalah zaman kerajaan Melayu Melaka manakala zaman hari ini adalah ketentuan hari ini. Namun jika kita hendak mengecapi kejayaan sebagaimana kerajaan terduhulu mengecapinya, tidakkah perlu kita belajar dari sejarah?

p/s:this is my malaysian studies quiz1..dah submit minggu lepas~

Sunday, December 16, 2007

tafahhum

dalam2 kita rase kite faham, masih banyak lagi yang kite tak faham..walaupun melalui tarbiyah, kita sudah capai satu tahap pemahaman yang membolehkan kita mengambil tindakan, namun, dalam kefahaman itu ada konsep sabar. kite takkan faham tanpa sabar

dah 3 minggu dilanda gelojak jiwa berkenaan tarbiyah, apa yang nak dicapai..dan apa yang perlu kita capai. yang nak dicapai, sudah semestinya jelas..islam dan mengembalikan sistem kepada yang hak. apa yang perlu kita (sebagai ahli sistem) capai..sifat sabar

sabar,

komponen yang mungkin kita nampak berdiri di luar atau di lapangan kerja..sabar berdakwah, sabar di'turn down'kan madu', sabar meniti jalan panjang, sabar, sabar, sabar..
tapi satu daripada banyak2 sabar itu sahaja yang mampu bentuk kerja dakwah, yang mampu buat kita up balik setelah di downkan, yang mampu istiqamahkan kita terus berjuang..

Sabar dalam jamaah,

tanpanya mungkin kita akan mampu pergi jauh..tapi berkatkah ia? yang pasti, biar apapun keputusan syura, ia pasti ada keberkatan dalamnya


terima kasih umi abi,
dalam banyak yang abang faham, masih banyak lagi yang abang tak faham.

Monday, December 10, 2007

usrah?

usrah..mender tuh?
dah lamer aku ikut usrah..tapi, berjayakah ia membentuh peribadi muslim aku? keperibadian yang diperlukan untuk memimpin ummah?

ustaz atif kater waktu gathering penggerak uniten, usrah tuh bukan program..ia sistem..macam keluarga, ia bukan program keluarga..tapi usrah tuh sistem keluarga, yang mana ahlinya terikat dengan ikatan aqidah, melangkaui ikatan darah.

yeah, ia pilihan aku..i choose untuk di'usrah'kan and i choose to urge others to join in..

why? because i need to bring back the khilafah..through this, can i obtain that big agenda..it's not the only way..but it's a way..so this usrah method is no kidding! no play! not to be taken lightly!

so please, hear me out..ask yourselves..these usrahs i lead, this usrah i follow, those usrahs i put under my supervision, those usrah my fellow friends bring up...will it all be wasted? the time used, the money given, the effort poured..

i see the importance of the system..but i sometimes ponder, do the ones up there really know the importance? DO THEY?! or is this usrah just a thing every so called islamic jamaah has to have?

be objective oriented! what do you actually want haaa?

shuffle us like cards, kick us like balls!

i'm fed up~yet to get better explainations..till then, fed up

Monday, November 26, 2007

HIDUP INI 1 PENdakiAN


Depression, frustration, inferior…these are amongst the words thats lingering my mind since yesterday.

The academic result for sem1 was out, and it turn out not so good for me..thinking about blaming others, blaming facts I cant control, blaming situations I’ve been in, blaming things I’ve done..but I do realize, pointing fingers wont solve the fact I failed to achieve 3.00 for my GPA.

Actually, today, I’m supposed to bring my brother and some friends to batang kali and enjoy ourselves some hot bath in the hot spring there..but I woke up this morning feeling sooooo low, I wish nothing else than just suffer myself training on parkour to ease up the tension built. Yeah..hope sweating will lighten it up a little..hopefully

Some times when these times do come, I usually give out “yer la, ko buat keje dakwah..handle usrah..gi program..tu yang ko takder mase nak blajar macam member2 ko yang lain..,” but things will just sudden strike me with what Musab Sahrim once said: “dakwah jangan dijadikan alasan kita tak excel dalam academics…sebab tuh memang tanggungjawab kita..dua2 nya tanggungjawab..so both have equal priority..”

When I reflect myself, its not about my activism that lags me behind..it never was..infact, I see a direct proportional line between my academic achievements and my involvements in jamaah’s work. Maybe I didn’t strive hard enough during my previous semester handling usrah, maintaining good relationships with ikhwahs, making jamaah’s program big priorities..even taking care of my parents..i see many things I should have done, but took the other path instead

We are given choices, our takdir was never rigidly set that’s that..but we’ve been given choices to do or not to do..and hopefully, I have that better understanding of what’s priority and what I should just stay away from..I have a big agenda..A VERY BIG UMMAH'S AGENDA TO SETEL…

And time is running out..

p/s:nantilah tulis pasal PPN, tak der mood giler

Wednesday, November 21, 2007

sensitivity? where has it gone? (old post)

Jika kita kembalikan sejenak buah fikiran kita kembali ke 1924..bagi yang masih ingat atau yang sensitive akan isu ummat nya, maka terus benak pemikiran terpanggil untuk mengingati zaman kejatuhan khilafah uthmaniah, dan seterusnya kejatuhan era kekuatan muslimeen satu persatu. Mengapa jadi begitu? Sedangkan we all know that those were the time that the muslimeens were ahead in the world civilization..and amongst those who were undeniable of their powers..? what made us go down? If we go back to those days..we were like current leading countries like America or even japan…we’re ‘high tech’, we’re educated, infact, the west acknowledged our achievements, I may say that we’re wealthy, we’ve got big battalions of armies; land and sea, the world listens to us, and so on..what more can I say? We’ve got all we need to survive..but what was lack that made us drop like nangka busuk?

Talking of this isu, semua tahu, kita jatuh sebab tak amalkan suruhan Allah..tak ikut syariat..mungkin ujian kesenangan buat kita leka..statistic iman ummat ketika itu mencatatkan penurunan hingga paras bahaya..dan sebagainya kalau nak ikut skema jawapan buku2 tesk di sekolah dan jugak universiti..amnya melalui subject2 pendidikan islam..but all those are schematic answers..we’re given answers that we think is enough, but is all this answers enough? Is this how it all began? I’m in no doubt there’s more..

Beyond what secular books tells us..beyond secular teachings..It’s our lack of sensitivity that triggered this..and to this factor again, our ummah is heading a deeper fall from the past..
Mungkin ada yang tak nampak lagi perkaitan sinsitif dengan era kejatuhan ummah..

Tapi ana simpulkan begini..kerna tak sinsitif nya kita akan amalan kita, iman kita menurun, kebergantungan pada Allah sudah mula goyah, hubungan saudara/kawan sudah tidak berlandaskan ukhuwah fillah malah demi keseronokkan dan sekadar mengisi masa lapang..from one step to the other, lack of sensitiveness played it’s role..

Ambil contoh mudah…kerna tak peka akan azan, atau tak sensitive dengan seruan azan (tak terpanggil menyahutnya) kita jadi leka dengan aktiviti yang kita tengah buat termasuk menulis artikel nih, jadi malas nak ke surau/masjid, tinggal solat jamaah, tak merapatkan hubungan dengan ahli kariah masjid..and so on..sensitiveness has a big role in our live, and also in the lives of our past brothers and sisters…

Firstly, kita lihat kesan kepekaan..ana ambil contoh dari buku catatan seorang Ulama’ Aceh..yang kisahnya dapat dari ayah ana..
Ketika Aceh di serang belanda, tak lama selepas kejatuhan melaka ke tangan portugis, masih terdapat sesetengah penduduk yang tak tahu akan implikasi di jajah puak kapitalis..Bagi sesetangah ulama’ di aceh ketika itu mereka masih mengajar di pondok2 pengajian fardhu ain..macam solat, puasa, apa itu zakat dan cara mengerjakan haji contohnya..
Di ketahui umum, dalam suasana jihad..persoalan/pendidikan sebegini tidak menjadi priority, tetapi persoalan dan pendidikan jihad itu yang perlu di utamakan..seperti teknik perang, meniupkan ruh jihad dalam jiwa para mujahideen..ana tak nak kata ulama’ macam nih salah..tapi sebab tak sensitive akan isu ini (dijajah) maka mereka hilang priority, fikiran itu tak jauh mengenang nasib generasi akan datang..
Ana katakan, sebab kurang peka, kita hilang hala tuju dan keutamaan.

Take another example from the seerah of tabi’en, ketika zaman pemerintahan khilafah abbasiah (if not mistaken) ada seorang wanita berkeliaran di persempadanan wilayah islam dan rom..maka wanita tersebut telah di kacau oleh penjaga sempadan dari pihak tentera rom dan di bawa lari..maka berteriaklah mak cik tadi “wa mu’taseem, wa mu’taseem!”. Mu’taseem nih nama pemerintah ketika itu. Berita tersebut sampai ke pengetahuan khalifah, maka tanpa lengah, di utusnya surat kepada pemerintahan rom yang lebih kurang maksudnya begini “segeralah kamu melepaskan wanita tersebut, jika tidak, aku akan mengirimkan bala tentera ku yang kepalanya di negeri tuan dan ekornya di negeri ku!”..lega rasanya akhawat kita kalau perdana menteri kita, tak pon Agung berani macam tuh…ana kasi tabik spring le kalau gitu!
Begitu sensitifnya khalifah mu’taseem akan kebajikan rakyatnya serta kehormatan seorang wanita, sehingga dia sanggup mencabar satu kuasa besar dunia (rom) semata2 seorang wanita islam telah di ganggu gugat kehormatan nya..sensitivity mu’taseem telah membimbingnya kejalan yang benar dan tidak menzalimi mereka yang dipertanggung jawabkan keatasnya.

Kita lihat juga peristiwa aceh di ancam penjajahan belanda, khilafah turki uthmaniah turun hantar bala tentera yang bukan cakap kosong ramainya..begitu juga peristiwa melaka di serang portugis, aceh hantar bala tenteranya, sehingga ada kisah yang menyatakan dalam battalion tersebut ada satu rejimen yang mana semuanya balu2 dipimpin seorang tokoh ulama’ wanita aceh..begitu juga perjuangan kerajaan jayakarta yang menghantar back up..sehingga lahirnya pantun yang mahsyur dan di tuturkan para shuada.."kalau roboh kota melaka, papan di jawa kami dirikan, kalau sungguh bagai di kata, badan dan nyawa hamba serahkan"..sensitivity ummah ketika itu melahirkan bibit perjuangan dan kecintaan ukhuwah fiLlah..

All I’ve shared above are impact of sensitiveness..it’s either way around..if you’re sensitive enough, you can take the relevant steps towards a better tomorrow, or you can pay no awareness to the things going on around you and let God give you what you deserve..lack of sensitivity on the ummah is a tragic bala’..

Kita boleh kata ia satu bala bila Allah tarik dari seseorang itu perasaan malunya, dan kita tak dapat nafikan, kurang peka terhadap ummah juga satu bala..bala buat ummah..

Surah al-A’raf ayat 179 (surah ke 7)“dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi Neraka jahannam kebanyakkan dari jin dan manusia, mereka punyai hati, tapi tidak mahu tipergunakan untuk memahami dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak di pergunakan untuk melihat, dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar. Mereka ini seperti binatang ternakkan, bahkan mereka itu lebih sesat lagi. Mereka itulah orang2 yang lalai.”
Dan benarlah kata2 Allah.Lalai..dalam erti kata lain, tak sensitive..

Marcapada kini, dunia tiada lagi sempadan…musuh2 islam tidak lagi melihat imaginary wall amongst the musleem nation a way to threat islam..mereka mula guna ‘ghuzwatul fikr’..perang pemikiran..yang benar di nafikan, yang batil di iakan..

Ana suka guna analogi ini..tapi mungkin kotor sket..“mereka kencing, kita minum, mereka berak, kita tadah”dek kerna banyak sangat minum kencing diorang nih (coca-cola, pepsi..arak apatah lagi) kita hilang sensitivity kita terhadap ummah ini..maka hilanglah hala tuju kita serta priority yang perlu di plotkan..ummah kini keliru..nak hilangkan haus ke nak berdahaga..sebab dah allergic dengan air selain brand coke..mereka masih melontarkan persoalan2 yang baseless..coke nih dibuat kat malaysia, mana ade yahudi dapat creadit..

please, brothers and sisters, think of it professionally, this is the business world..this sensitivity topic, basically triggers to what action we take..dasar kemanusiaan itu satu sensitivity, takut dosa satu sensitivity, eager untuk beramal satu sensitivity..

kalau di tempat ana (Bandar baru bangi) persatuan penduduk dah syura kan untuk memboikot semua cawangan 7-eleven..ini kerna premis2 ini telah mula menjual arak..tindakan ini diambil kerna melihat pada the “chain sin”..rantai dosa..
yang memandu lori arak, cat kilang arak, kasi billboard (advertisement) arak..semua yang menjayakan agenda arak nih..dapat bahagian dia (dosa)..apatah lagi yang masih menyokong premis2 menjual arak dari segi kewangan..walaupun tak beli arak..kita golongan intelek..fikir dan ambil tindakan cara orang intelek..

tak lain tak bukan, warkah kali ini mengajak sekalian untuk kembali sensitive..kembali untuk mengambil tahu akan yang berlaku di sekeliling kita..we have a small world, why can’t we think of others..especially those in need of our help..

dah lama sangat kita main chess..but we’ve been playing alone all this time..you can never learn how to tackle an opponents step by playing alone..let’s face them.. let’s be sensitive of our ummah’s issues..

Palestine, Chechnya, Kashmir, france, Afghanistan, iraq, iran, Syria, Egypt, moro (Mindanao), maluku, Thailand, India...lots and lots of other places where muslims are being threat..lets not make the list go on..make it stop here..lets just not sit back and just read…we all need your actions..what step will you take?

waLlahu a’lam (Allah knows best)
may Allah forgive us all for the path we’ve wrongly took, and may Him lead us to the path that leads to Him…moga sama dikarunia hidayah dan qudrat untuk melaksanakan tuntutan-Nya.

Tuesday, November 20, 2007

first post using blogspot

salam and peace,

whoa, i couldn't remember my last blog posting since i accidentally deleted my friendster blog account. well, lets get things started in here..i'll be posting back my previous posts which i managed to save from my 'lost blog' entries so that it'll be continuously read and hopefully the message spreads.

So, I’m a blogspot blogger from now on..do give me support to continuously fully use this medium for dakwah despite my personal experience which i intentionally will put to be viewed from islamic perspectives, insyaAllah.

Aaaa..thats all for now..have to get out and have some sun shine