Sunday, September 25, 2011

Testing

Salam semua. Apa khabar agaknya kita semua di penghujung Syawal?

Posting kali ini nak test Blogger punya iphone app. Hmmm, so far ok kot. No features untuk tukar font or colours bytheway. Too bad i suppose. You probably can't get everything you wish for.

Test gambar satu

Sunday, September 11, 2011

AKHIRNYA, AKU MEMBACA..

Just for the note, this is an iplog entry - iphone blogging :)

Hari ini 11 September 2011. Tarikh keramat buat Amerika dan sekutunya, bahkan seluruh dunia.

Hari ini juga 13 Syawal 1432H.

Ada apa dengan 13 Syawal? Hari ini akhirnya aku kembali membaca. Iya, kembali membaca Al-Quran selepas tabiat baik itu terhenti secara automatic menjelangnya Raya. Astaghfirullah, dekat 2 minggu kau tak mengaji Qayyim!?

Ma'thurat aku baca apa..kira mengajilah tu..

Tak cukup tu broQ. Orang marhain pun dapat baca Yaasin seminggu sekali, kau tinggal langsung 'tak dok skepeng bace mende' hampir 2 minggu.

...

Itulah jadinya bila kita memperhambakan diri kepada Ramadhan. Jadinya kita hamba yang soleh hanya ketika bulan itu sahaja. Solatnya cukup 5 waktu berjamaah di musolla dan masjid2. Siap awal waktu lagi. Mulutnya tak henti dengan zikrullah setiap masa. Setiap masa terluang dihabiskan dengan tilawah Al-Quran. Jalannya tunduk untuk menjaga mata, nak kurangkan melihat aurat2 wanita yang selamba sengaja dibiarkan untuk tontonan umum (info: berdasarkan pengamatan aku semasa di UNITEN, biasanya para hawa lebih ramai bertudung ketika Ramadhan..walaupun bajunya masih sarung buah nangka). Qiamnya awal, kalautidakpun 2 rakaat sebelum sahur atau masuknya subuh. Itu manusia (baca: Mohd Qayyim) ketika Ramadhan.

Dan biasanya selang beberapa hari nak menjengahnya syawal, amal solehpun mula berkurang kuantitinya dan menurun lagi kualitinya. Akhirnya menjelang syawal...kosong.

Istiqamah itu susah.

Hanya mampu dilaksanakan oleh mereka yang benar2 memperhambakan dirinya kepada Allah. Bukan Ramadhan.

Aku sering ingatkan manusia (baca: rakan usrah) untuk sentiasa melazimi Al-Quran. Jangan ada sehari yang kita lalui tidak membacanya. Tapi bila Syawal, aku memang gagal. Gagal melaksanakan apa yang aku serukan pada orang lain.

Aku ada 3 mushaf. Satu yang ada terjemahannya, aku jadikan untuk tilawah dan tadabbur. Boleh lihat mushaf ini bersama aku dalam program, usrah dan ketika aku bermusafir. Yang kedua aku jadikan untuk hafadzan. Mushaf ini kecik, boleh muat dalam kocek baju, menjadikannya senang untuk dibawa dan dibaca ketika masa terluang dimana2 untuk menghafal. Mushaf ketiga..my iphoney. Yang ini lagilah aku bawa ke mana2.

Oleh kerana adanya mushaf Al-Quran dalam iphone, aku sudah jarang membuka mushaf nombor satu kecuali di program2 dan usrah. Malahan, Ramadhan yang lepas aku khatamkan tadarus (ada beza tak tilawah & tadarus? Tolong clarifykan wahai ilmuan) dengan perisian tersebut.

Mushaf ketiga sudah lama aku tak buka. Sebab aku ni manusia yang sangatlah malas susah menghafal. Siapa ada tips mudah menghafal dan mengingat? Antara yang pernah aku dengar:
1. Baca surah tu sampai 60 kali (atau sebanyak mungkin) - pernah amalkan. Dan berkesan. Tips naqib aku, Hj Nawawi.
2. Hafal bermula daripada ayat terakhir - pernah cuba. Tapi akhirnya aku keliru. Mungkin IQ tak cukup tinggi.
3. Lazimkan dalam bacaan solat dan qiam - pernah amalkan. Nak kena hidupkan semula amalan ni.
4. Menghafal sebelum tido dan sejurus selepas bangun/waktu pagi - pernah amalkan. Tapi la ni, tersangatkan kesuntukan masa. Lebih2 lagi bila dah develope (baca: suka) tabiat tido selepas subuh.
5. Amalkan kurma, kismis dan madu - selera kurma cuma waktu Ramadhan sahaja. Nak kena pau abi (Dr. Hafidzi) punya madu tualang lagi ni nampak gayanya.

In a nut shell (seperti report fluid lab En Farhan Daud), kita kena istiqamah. Mana yang dah tertinggal amalan membaca Quran, jom pergiatkan kembali.

Tamat.

...

Dah habis baca entry iplog aku? Jangan lupa kongsikan tips2 menghafal korang ya..

P/s: perasan tak kelainan dalam entry kali ini? Inspirasi dari blog keyrana cool, anak mat nor & perempuan jomblo (mohon search di google. Aku tak ingat adress penuh mereka). Ini bukan meniru gaya orang, tapi lebih kepada meng'exsperimenting' genre blogging baru.